Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
104) PENDAPATAN KUMPULAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD (WHB)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Shukur Bin Idrus
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah pendapatan dan jumlah kewangan WHB pada tahun 2014?
Jumlah perolehan Kumpulan WHB bagi tahun 2014 adalah RM322,280,188.00
Keuntungan sebelum cukai ialah RM105,330,240.00
Keuntungan selepas cukai ialah RM71,038,499.00
Jumlah perolehan WHB (Syarikat) bagi tahun 2014 ialah RM170,732,193.00
Keuntungan sebelum cukai ialah RM41,655,273.00
Keuntungan selepas cukai ialah RM25,823,732.00
-
Nyatakan peraturan dan prosedur bagi memastikan perbelanjaan pendapatan berhemat WHB?
i.Perbelanjaan adalah berdasarkan kepada bajet tahunan yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah.
ii.Proses kelulusan adalah dibuat secara telus dan terbuka melalui Jawatankuasa Lembaga dan Pengurusan berdasarkan had kuasa yang diluluskan seperti Bahagian Perolehan, Bahagian Audit dan Bahagian Risiko dan Pematuhan.
iii.WHB juga telah menandatangani Ikrar Integriti pada Disember 2013.