Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

102) KEBERKESANAN PROGRAM INSENTIF PERKAHWINAN BELIA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sejauh manakah insentif ini mencapai objektif yang telah digariskan?

    Kerajaan Negeri telah melaksanakan Program Insentif Perkahwinan Belia di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bertujuan untuk menjadikan program ini sebagai satu program kebajikan kepada rakyat Selangor dengan hasrat hasil negeri untuk rakyat. Seterusnya, program ini juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mensejahterakan rumahtangga dan keluarga di Negeri Selangor di samping sebagai insentif kepada golongan belia di Negeri Selangor yang baru mendirikan rumah tangga.

  2. Berapakah peratusan golongan belia yang telah memanfaatkan insentif ini berbanding jumlah perkahwinan golongan belia di negeri Selangor?

    Sejak daripada program ini dijalankan bermula pada tahun 2013, jumlah permohonan yang diterima adalah sebanyak 15,920 orang atau 55.9% berbanding dengan jumlah perkahwinan golongan belia di Negeri Selangor adalah sebanyak 28,489 orang.

  3. Adakah kerajaan Negeri bercadang untuk meningkatkan lagi jumlah insentif yang diberikan?

    Kerajaan Negeri masih mengekalkan kadar insentif yang diberikan kerana Kerajaan Negeri baru sahaja menaikkan kadar insentif daripada RM200.00 seorang kepada RM500.00 seorang yang telah meningkatkan jumlah peruntukan untuk menjalankan program ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.