Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

91) GERAI TIDAK STRATEGIK

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif kerajaan negeri bagi mengatasi masalah kedudukan gerai yang tidak strategik dan terpencil?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 12 Mac 2015 telah menolak soalan ini.

  2. Nyatakan jumlah gerai yang telah dibina oleh kerajaan negeri pada tahun 2014 mengikut PBT?

    Tiada pembinaan gerai dibuat oleh Kerajaan Negeri untuk PBT bagi tahun 2014. Walau bagaimanapun, PBT telah menyediakan tempat berniaga seperti kompleks pasar, menyediakan pusat-pusat penjaja khas, gerai dan kiosk PBT serta jadual seperti pasar malam, pasar pagi, pasar tani. Kerajaan Negeri juga telah menyediakan kemudahan pembiayaan kepada mereka yang berminat berniaga melalui program di bawah Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) iaitu Skim Mikrokredit Selangor (SkimSel) dan Program Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Lampiran

Tiada Lampiran.