Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

85) MIMBAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah penerima pembiayaan MIMBAR semenjak 2014 sehingga kini? Nyatakan mengikut DUN?

    Jumlah pertambahan peserta baru semenjak tahun 2014 sehingga Februari 2015 sebanyak 352 orang.  Pecahan penerima pembiayaan bagi tahun 2015 mengikut DUN adalah seperti berikut:

    DUN BILANGAN PESERTA JUMLAH PEMBIAYAAN (RM)
    BALAKONG 5 22,500.00
    BANGI 6 21,000.00
    BATU CAVES 3 10,000.00
    BATU TIGA 41 184,350.00
    BUKIT ANTARABANGSA 2 8,500.00
    BUKIT LANJAN 1 5,050.00
    CHEMPAKA 11 35,500.00
    DENGKIL 4 17,050.00
    DUSUN TUA 3 9,500.00
    GOMBAK SETIA 9 35,650.00
    HULU KELANG 7 25,000.00
    JERAM 6 25,100.00
    KAJANG 9 22,000.00
    KINRARA 6 21,000.00
    KOTA ALAM SHAH 4 14,000.00
    KOTA ANGGERIK 29 123,450.00
    KOTA DAMANSARA 26 87,700.00
    KUANG 9 34,600.00
    LEMBAH JAYA 8 27,500.00
    MERU 18 76,200.00
    PANDAMARAN 2 8,000.00
    PAYA JARAS 5 16,050.00
    PELABUHAN KLANG 9 37,750.00
    RAWANG 9 32,050.00
    SELAT KELANG 17 62,100.00
    SEMENTA 12 40,050.00
    SEMENYIH 2 4,000.00
    SERI ANDALAS 9 37,150.00
    SERI KEMBANGAN 2 5,000.00
    SERI SERDANG 12 46,100.00
    SERI SETIA 1 3,000.00
    SIJANGKANG 1 5,050.00
    SRI MUDA 33 138,000.00
    SUBANG JAYA 3 11,550.00
    SUNGAI PELEK 1 2,500.00
    SUNGAI PINANG 5 20,550.00
    TAMAN MEDAN 14 63,400.00
    TAMAN TEMPLER 6 14,000.00
    TELUK DATUK 2 10,100.00
    JUMLAH 352 136,2050.00
  2. Apakah usaha-usaha baru yang di buat bagi membantu penduduk di bandar keluar dari kemiskinan?

    MIMBAR telah ditambahbaik apabila disatukan ke dalam program mikrokredit bersepadu iaitu Program Hijrah Selangor dengan pendekatan dan kaedah yang dikemas kini dengan baik supaya dapat memberikan hasil yang lebih baik.

  3. Berapakah sasaran pembiayaan yang telah tercapai? Jika tidak, nyatakan faktor kegagalan tersebut

    Sehingga Februari 2015 MIMBAR telah membiayai seramai 5,136 orang peserta dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM10,915,528.00.

    Pertambahan peserta dari tahun 2014 sehingga Februari 2015 adalah sebanyak 352 orang peserta dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1,362,050.00 daripada jumlah dana yang diterima MIMBAR pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM1,430,000.00. Walau bagaimanapun, untuk tahun 2015, MIMBAR masih menunggu penyaluran dana baru sebanyak RM20 juta seperti yang diumumkan oleh Y.A.B Dato’ Menteri Besar di dalam pembentangan bajet 2015 yang lalu.

    Statistik Kemasukan peserta tahun 2014 hingga Februari 2015

    PERKARA BIL JUMLAH RM
    PESERTA MIMBAR 241 801,500.00
    PESERTA BANTUAN UP TOWN 111 560,550.00

Lampiran

Tiada Lampiran.