Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
73) PENGUATKUASAAN KERJA JALAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan penguatkuasaan terdapat pihak-pihak yang memotong dan membuat kerja jalan tanpa kelulusan atau dengan kelulusan tetapi kerja pembaikan jalan tidak sempurna?
Pihak-pihak yang memotong dan membuat kerja-kerja di jalan JKR tanpa kelulusan, JKR akan mengeluarkan arahan berhenti kerja dan laporan polis akan dibuat untuk tindakan penguatkuasaan. Bagi yang mempunyai kelulusan tetapi kerja pembaikan tidak sempurna, JKR akan menggunapakai wang cagaran pihak tersebut untuk membaiki kerja-kerja pembaikan yang tidak sempurna itu. Manakala pihak Majlis akan menjalankan pemantauan di tapak dari masa ke semasa bagi mengenal pasti pihak yang menjalankan kerja pemotongan jalan mempunyai permit kelulusan. Saman akan dikenakan bagi pihak yang tidak mempunyai permit kelulusan. Bagi pihak yang mempunyai kelulusan, pihak yang berkenaan akan diarahkan untuk membuat pembaikan dan menjalankan kerja berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis. Tindakan Notis Berhenti Kerja akan dikeluarkan bagi kes-kes yang kritikal dan boleh menyebabkan keselamatan pihak pengguna.
-
Berapa bilangan pegawai yang memantau perkara ini di setiap PBT dan JKR?
Berikut adalah bilangan pegawai yang memantau penguatkuasaan kerja jalan di PBT dan JKR:
PBT Bilangan pegawai pemantau di PBT MBSA 5 orang MBPJ 4 orang MPK 3 orang MPAJ 8 orang MPS 4 orang MPSJ 11 orang MPKj 4 orang MPSp 2 orang MDKL 4 orang MDHS 2 orang MDKS 2 orang MDSB 1 orang Bilangan pegawai pemantau di JKR JKR 10 orang -
Sila beri statistik penguatkuasaan bagi perkara di atas
Berikut adalah statistik penguatkuasaan kerja jalan di PBT Negeri Selangor.
PBT Statistik Penguatkuasaan di PBT MBSA 20 MBPJ 3 MPK 101 MPAJ 14 MPS 28 MPSJ 9 MPKj 56 MPSp 7 MDKL Semua MDHS TIADA MDKS 3 MDSB 20