Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

65) KEBERKESANAN USAHA MEMBASMI DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Datuk Seri Dr. Wan Azizah Binti Wan Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Penjelasan Exco Kesihatan tentang status terkini isu denggi di Selangor.

    Status terkini denggi (sehingga 21 Mac 2015) di Negeri Selangor adalah seperti berikut: –

    Antara tindakan yang telah di ambil oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam menangani isu denggi adalah seperti berikut:-

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, antara tindakan Kerajaan Negeri Selangor dalam menangani wabak denggi bagi tahun 2015 adalah seperti berikut :

    • Menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Kawalan Denggi Negeri yang dipengerusikan oleh YB Exco Kesihatan, YB Puan Dr. Daroyah binti Alwi yang bermesyuarat setiap 2 kali sebulan bagi membincangkan masalah dan langkah kawalan terbaik dalam kawalan denggi.
    • Melancarkan Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Petaling. Program ini memberi fokus kepada pembersihan tempat pembiakan nyamuk aedes, pembersihan kawasan hotspot denggi, pembersihan pangsapuri kos rendah, pembersihan tapak binaan, pembersihan longkang, taman awam dan taman rekreasi.
    • Pembentukkan Task Force Denggi di peringkat PBT yang melibatkan pelbagai Jabatan berkaitan di PBT mengerakkan aktiviti kawalan Denggi yang lebih berkesan. Antara jabatan yang terlibat adalah seperti berikut:-
    1. Jabatan Kesihatan dan Persekitaran
    2. Jabatan Taman & Rekreasi
    3. Jabatan Kejuruteraan
    4. Jabatan COB
    5. Jabatan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
    6. Jabatan Bangunan
    7. Jabatan Penguatkuasaan
    8. Lain-lain jabatan

     

    1. Mengadakan Mesyuarat Kawalan Denggi di Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan dihadiri oleh pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi membincangkan isu denggi di daerah berkenaan
    2. Menyediakan Pelan Tindakan Selangorku Bebas Denggi 2015 iaitu Program ‘Terjah & Musnah Aedes’ yang menitikberatkan aktiviti pencegahan di kawasan-kawasan yang berisiko untuk diperiksa. Aktiviti ini merangkumi pemeriksaan di:
    • Kawasan perumahan
    • Tapak binaan
    • Pangsapuri kos rendah
    • Taman awam & taman rekreasi
    • Kawasan kg baru Cina
    • Kawasan kg tradisi
    • Kuarters kerajaan
    • Sekolah
    • Tadika
    • Masjid & surau
    • Rumah ibadat
    • IPT
    • Kawasan komersil
    • Industri

     

    • Meningkatkan penguatkuasaan perundangan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Pindaan 2000) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah.
    • Memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya demam denggi dan cara pencegahan dengan mengadakan kempen dan taklimat di sekolah rendah dan menengah khususnya di kawasan wabak serta melalui khutbah jumaat dan ceramah di masjid dan surau
    • Menggiatkan aktiviti gotong –royong di peringkat masyarakat
    • Menjalankan taklimat denggi kepada Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) atau Jawatankuasa Penduduk (JKP) semasa program gotong royong penduduk.
    • Membuat edaran risalah denggi dan memberi abate semasa program gotong-royong penduduk.
    • Mewujudkan ‘Program/ Projek Khas PBT’ bagi mempromosi dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya denggi dan cara mengatasinya:-

     

    PBT Program/ Projek Khas PBT
    MBPJ Search & Destroy Aedes Ranger – SEDAR
    MBSA ADVOKASI dan

    ‘Task Force’ Denggi MBSA

    MPSJ Kajian Nyamuk Toxo
    MPK a)    Program kebersihan bersama ADUN dan Ahli Majlis.

    b)    Program Gerak Gempur Aedes bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

    c)    Program Cikgu Ku Cantik di peringkat sekolah.

    d)    Risalah pelbagai bahasa seperti Bahasa Vietnam,Myanmar, Nepal dan lain-lain

    MPSP a)    Dengue Action Community-DAC.

    b)    Dengue Action Kids-DAK

    c)    Bas Sekolah Tanpa Aedes – BATAS

    MDKS Dengue Buster Team

     

     

  2. pakah keberkesanan tindakan yang telah diambil akibat peningkatan kes denggi di Selangor?

    Keberkesanan langkah-langkah di atas dapat dinilai melalui statistik kes daftar denggi di Negeri Selangor sejak 31 Januari 2015, dan di dapati bahawa kes semakin menurun selepas Program Terjah & Musnah Aedes Daerah Petaling di adakan pada 7 Februari 2015:- Statistik adalah seperti berikut:-

    2015 31 dis 14 10-Jan-15 31-Jan-14 21-Feb-15 28-Feb-15 7-Mar-15 14-Mar-15 21-Mar-15
    Petaling 751 657 1025 883 736 778 599 547
    Klang 142 200 301 279 256 217 196 129
    Hulu Langat 169 255 282 443 274 312 285 231
    Gombak 94 140 182 187 139 180 146 117
    Sepang 7 24 47 69 123 59 26 49
    Kuala Langat 36 51 45 22 39 31 32 27
    Kuala Selangor 46 19 54 15 30 42 17 13
    Hulu Selangor 99 49 61 44 15 22 43 19
    Sabak Bernam 11 11 5 12 13 11 3 9
    Jumlah 1355 1406 2002 1954 1625 1652 1347 1141

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.