Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
64) NOTIS 8A KANUN TANAH NEGARA 1965
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan butiran terperinci mengenai jumlah Notis 8A yang dikeluarkan dan berapakah jumlah tanah yang berjaya dirampas sejak 2010-2014 mengikut pecahan daerah ?
Jumlah tanah yang telah dirampas melalui Notis 8A dari tahun 2010 hingga 2014 mengikut Daerah adalah seperti di Lampiran A.
LAMPIRAN A
JUMLAH TANAH YANG TELAH DIRAMPAS MELALUI NOTIS 8A MENGIKUT DAERAH DARI TAHUN 2010 HINGGA 2014
BIL DAERAH TANAH DIRAMPAS (NOTIS 8A)
2010 – 2014
CUKAI TANAH PELANGGARAN SYARAT TANAH 1. Petaling 114 114 – 2. Klang 135 135 – 3. Gombak 201 200 1 4. Hulu Langat 149 149 – 5. Kuala Langat 29 29 – 6. Sepang 59 47 12 7. Hulu Selangor 39 39 – 8. Kuala Selangor 57 57 – 9. Sabak Bernam 19 19 – JUMLAH KESELURUHAN 716 704 12 Sumber: Selangor Land Information System (SeLis) dan PDT
-
Sila nyatakan keberkesanan kaedah ini dalam konteks memungut hasil cukai tanah yang tertunggak ?
Melalui pengeluaran Notis 8A, Kerajaan Negeri akan kehilangan hasil kerana cukai tanah yang tertunggak akan dilupuskan setelah tanah hakmilik menjadi tanah kerajaan selaras dengan Seksyen 131 Kanun Tanah Negara 1965.