Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
53) MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN UNTUK AL-HAFIZ &ALHAFIZAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menyediakan peluang pekerjaan bagi graduan tahfiz di Selangor
Peluang pekerjaan adalah terbuka kepada semua graduan tahfiz di Selangor tetapi tertakluk kepada syarat asas skim perkhidmatan sesuatu jawatan tersebut.
-
Jika tidak, apakah perancangan kerajaan negeri untuk golongan al-hafiz dan alhafizah?
Kebanyakan graduan tahfiz gagal mendapat peluang pekerjaan kerana tidak menepati kelayakan syarat asas skim perkhidmatan. Walau bagaimanapun, IPTA di bawah Kerajaan Negeri Selangor seperti Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Industri Selangor (UNISEL) boleh menawarkan kepada mereka untuk mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) secara fast track.