Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
48) PRESTASI YAYASAN WARISAN ANAK SELANGOR (YAWAS)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan / kerugian YAWAS pada tahun 2014?
YAWAS bukan sebuah organisasi yang berasaskan keuntungan. YAWAS hanya menerima suntikan dana (geran) daripada Kerajaan Negeri setiap tahun untuk membiayai kos operasi YAWAS.
-
Apakah strategi YAWAS selepas pelantikan Menteri Besar yang baharu?
Strategi YAWAS adalah :
- Meneruskan objektif penubuhan YAWAS;
- Menambah bilangan ahli TAWAS; dan
- Mengukuh pengurusan pengkalan data Negeri Selangor.