Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

47) PENGANGGURAN BELIA DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Jakiran Bin Jacomah

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah terkini belia menganggur di Selangor?

    Berdasarkan kepada sumber yang diperolehi daripada Jabatan Perangkaan Malaysia,  jumlah terkini belia menganggur di Negeri Selangor iaitu pada tahun 2013 adalah sebanyak 71,500 atau 2.5% orang berbanding 5.8 juta penduduk di Negeri Selangor.

     

  2. Apakah usaha kerajaan negeri bagi mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia?

    Kerajaan Negeri Selangor berusaha untuk mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia dengan memberi peluang pendidikan kepada golongan remaja dan belia yang berkelayakan melalui bidang pendidikan sebagai persediaan ke arah melahirkan belia yang berpendidikan dan berdaya saing pada masa hadapan. Usaha ini dapat dilihat apabila Kerajaan Negeri menubuhkan  Universiti Selangor  (UNISEL) yang menyediakan pelbagai kursus dan bidang pengajian dari peringkat Diploma sehingga peringkat PhD seperti berikut :-

    1. Kejuruteraan
    2. Pendidikan dan Sains Sosial
    3. Sains Komputer dan Teknologi Maklumat
    4. Sains dan Bioteknologi
    5. Pengurusan Perniagaan
    6. Media dan Komunikasi
    7. Sains Kesihatan
    8. Seni Lukis dan Rekabentuk.Seterusnya, Kerajaan Negeri Selangor juga berusaha memberi peluang kepada Belia yang tidak berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang akademik untuk menceburi bidang latihan, teknikal dan kemahiran yang dikendalikan oleh Inspen International College (INPENS). Usaha-usaha ini merupakan bantuan Kerajaan Negeri kepada Belia bagi membantu mereka mendapatkan peluang pekerjaan pada masa hadapan dalam bidang seperti kecantikan, automatif, pendandan rambut, elektrik, elektronik, mekanik motorsikal, sistem komputer dan penyaman udara.

Lampiran

Tiada Lampiran.