Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
44) 1 DUN 1 KOMPLEKS SUKAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah kerajaan akan mencapai tahap di mana semua DUN mesti mempunyai sekurang-kurangnya 1 kompleks sukan?
Buat masa ini kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menyediakan 1 kompleks sukan di setiap DUN memandangkan kos pembinaan dan penyelenggaraan sesebuah kompleks sukan melibatkan kos yang tinggi. Walau bagaimanapun pada masa ini di setiap daerah telah mempunyai kompleks sukan yang dikawal selia oleh Pihak berkuasa Tempatan (PBT) untuk kegunaan orang ramai dan komuniti di kawasan-kawasan tersebut. Melalui itu juga dapat dilihat perkara ini juga penggunaan kompleks-kompleks sukan tersebut tidak digunakan secara menyeluruh oleh pihak yang terlibat dan ianya hanya digunakan secara bermusim sekiranya ada program-program besar yang melibatkan komuniti di kawasan tersebut.
-
Apakah kriteria yang diguna pakai oleh kerajaan untuk meluluskan permohonan bajet untuk program pembangunan belia dan sukan di peringkat DUN?
Buat masa ini kerajaan negeri melalui Majlis Sukan Negeri Selangor tidak mempunyai bajet khusus untuk pembangunan sukan di peringkat DUN. Maka ianya tiada kriteria yang digunapakai oleh kerajaan dalam untuk meluluskan permohonan bajet untuk program pembangunan belia dan sukan di peringkat DUN.
-
Senaraikan program belia dan sukan mengikut DUN untuk 2015
Program belia dan sukan mengikut DUN untuk 2015 Liga Sukan Selangor Plus yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Kebudayaan yang akan dilaksanakan di kawasan DUN seluruh Negeri Selangor pada bulan April hingga Mei 2015 ini. Pelancaran Liga Sukan Selangor Plus ini telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Amiruddin bin Shari selaku EXCO yang bertanggungjawab untuk program sukan ini.
Liga ini mempertandingkan sebanyak 3 jenis sukan iaitu futsal, 3 on 3 bola jaring, dan 3 on 3 bola keranjang. Juara bagi ketiga-tiga acara di peringkat DUN akan bertanding di Grand Finale peringkat negeri pada bulan Jun 2015 nanti.