Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
39) PEMATUHAN PEMAJU ATAS SYARAT KELULUSAN KEBENARAN MERANCANG (KM) OLEH MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Mat Shuhaimi Bin Shafiei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kemudahan awam yang belum dibina seperti dewan, pangsapuri mampu milik, ramp, tadika dan rizab tapak awam yang belum diserah oleh Tetuan HicomGamuda di Kota Kemuning Seksyen 31, Shah Alam
Senarai kemudahan awam yang belum dibina dan belum diserahkan oleh Tetuan Hicom Gamuda di Kota Kemuning Seksyen 31, Shah Alam adalah seperti berikut:
- Dewan dan Tadika
Kelulusan Kebenaran Merancang rujukan MBSA/PRG/PSA 31-30-09 melalui surat rujukan MBSA/PRG/2016-95 (31) Jilid 17 bertarikh 17hb. November 2009 telah mensyaratkan kepada pemaju untuk membina dan menyerahkan tapak-tapak berikut:-
- 26 tapak telah diserahkan (termasuk sekolah, balai polis, balai bomba, tapak kubur, terminal/depoh lori/bas, Masjid, Gereja, Kuil, Perpustakaan, Pusat Sivik, Dewan, Bazaar dan Pusat Kesihatan)
- 30 tapak yang melibatkan pembangunan surau, tadika, Dewan Orang Ramai, Tempat Letak Lori, Gerai, Tempat Letak Kenderaan, Kawasan Rekreasi, Tempat Letak Kenderaan Bertingkat telah pun dibina dan diserahkan kepada Majlis. Ini termasuklah pembinaan berikut :
- 5 tapak dewan (telah dibina dan diserahkan kepada Majlis)
- 2 tapak tadika (telah dibina dan diserahkan kepada Majlis
- Pembinaan 2 tapak gerai berikut telah disiapkan dan baru diserahkan kepada Majlis pada 22hb. Disember 2014
Tapak Luas (Ekar) Lokasi Syarat KM Pengurus/ Pentadbir Status Gerai 1.45 1 & 3, Jalan Anggerik Mokara 31/44 Bina dan serah Majlis Bandaraya Shah Alam Telah siap dan telah diserahkan pada 22hb. Dis. 2014 1.00 1 & 3, Jalan Anggerik Mokara 31/44 Bina dan serah Majlis Bandaraya Shah Alam Telah siap dan telah diserahkan pada 22hb. Dis. 2014 Hanya 1 tapak dewan dan tadika bersepadu (belum dibina) dan pelan bangunan telah dibatalkan memandangkan pemaju perlu meminda semula cadangan yang dikemukakan kerana telah disyaratkan untuk meminda cadangan daripada saiz dewan dua gelanggang kepada 3 gelanggang dan akan mengemukakan semula pelan baru pada penghujung bulan Mac 2015 :
Tapak Luas (Ekar) Lokasi Syarat KM Pengurus/ Pentadbir Status Serahan Tanah Dewan dan Tadika 1.52 2, Jalan Anggerik Vanilla 31/97 Bina dan serah Majlis Bandaraya Shah Alam Telah Serah - Pangsapuri Mampu Milik
Pemaju telah disyaratkan untuk mematuhi dasar penyediaan rumah mampu milik 20:20:10 (20% Rumah Kos Rendah, 20% Rumah Kos Sederhana Rendah dan 10% Rumah Kos Sederhana) bagi tambahan kediaman yang dibuat apabila membuat pindaan pembangunan komersial kepada kediaman di utara pembangunan Kota Kemuning yang melibatkan cadangan 183 unit Rumah Kos Rendah, 183 unit Rumah Kos Sederhana Rendah dan 92 unit Rumah Kos Sederhana.
Pindaan ini telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri memandangkan ia melibatkan cadangan pecah sempadan lot tanah antara cadangan pembangunan rumah Kos Rendah serta Kos Sederhana dan Kos Sederhana Rendah yang tidak boleh dibangunkan bersekali sebagaimana peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) yang telah ditolak oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Walau bagaimanapun perkara ini masih lagi dibincangkan di peringkat Pejabat Tanah dan Galian Selangor dan juga Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor kerana yang melibatkan cadangan kepada pembangunan dan dasar baru bagi Rumah Selangorku yang dicadangkan untuk dibangunkan di tapak tersebut.
- Ramp
Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Negeri Selangor bil.1/2012 bertarikh 13.02.2012 telah memutuskan rezab ‘ramp’ dikekalkan dan satu kajian lanjut melibatkan LLM, JKR dan MBSA perlu dijalankan untuk keseluruhan sistem lalulintas dan rangkaian jalan kawasan Persiaran Anggerik Mokara tersebut dan rangkaian jalan yang bersambungan dengannya.
Majlis melalui Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur & Bangunan bil. 9/2013 bertarikh telah melantik pihak IKRAM Premier Consulting untuk membuat semakan semula Laporan Kajian Lalulintas di persimpangan Anggerik Mokara & Anggerik Vanilla Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam.
Kajian lalulintas yang melibatkan keseluruhan rangkaian jalan termasuklah pembangunan Canal City di Kuala Langat dan penyelarasan semula keseluruhan sirkularsi trafik di kawasan pusat komersial Kota Kemuning sedang dalam peringkat akhir penyediaannya.
Cadangan menaiktaraf dan penambahbaikan system dan sirkulasi lalulintas di Persiaran utama yang melibatkan Persiaran Anggerik Mokara dan Persiaran Anggerik Vanillah termasuk Pusat Daerah keseluruhan Kota Kemuning tersebut telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Infrastruktur dan Bangunan, MBSA pada bulan Februari dan Mac yang lepas dan akan diperincikan lagi melibatkan kos dan pemaju-pemaju yang akan terlibat.
- Kemudahan Lain Yang Belum Diserah
Majlis akan memberi peringatan semula kepada pemaju berhubung tindakan untuk menyerahkan tapak kolam takungan air di bawah sebagaimana disyaratkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk tindakan selanjutnya sebagaimana pelan diluluskan.
Tapak Luas (Ekar) Syarat KM Pengurus/ Pentadbir Status Serahan Tanah Status Pembinaan Dan Serahan Bangunan Kolam Takungan Air 19.18 Bina dan Serah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor Belum serah Belum Bina dan Serah -
Apakah punca kelewatan pemaju tersebut gagal mematuhi syarat kelulusan Kebenaran Merancang?
Kelulusan pembangunan ini melibatkan beberapa kali proses pindaan yang melibatkan juga pindaan kedudukan tapak-tapak kemudahan awam. Pembangunan Kota Kemuning ini juga melibatkan proses kelulusan di Pihak Berkuasa Perancang Tempatan yang berbeza kerana pembangunannya diluluskan seawal tahun 1995 yang mana pembangunannya diluluskan oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor (yang merupakan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ketika itu) sebelum diperakukan pelan tersebut setelah kawasan ini diwartakan ke dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam.
Pembangunan kawasan juga dimajukan mengikut fasa dan pembangunan kemudahan awam akan disyaratkan mengikut jumlah dan taburan penduduk yang terlibat dalam mana-mana fasa pembangunan. Kemungkinan cadangan tersebut tertinggal apabila pelan pemajuan dikemukakan oleh pemaju melalui arkitek yang dilantik mengikut blok pemajuan mengikut fasa yang ditetapkan.
Majlis dari masa ke semasa memantau pembinaan ini dan mensyaratkan pembinaannya kepada pemaju tetapi kawalan menjadi sukar apabila cadangan tersebut terpisah daripada pemajuan mengikut fasa yang dicadangkan dan melibatkan pengemukaan pelan bangunan yang berasingan.
JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI SELANGOR (JPBD)
-
Apakah tindakan pihak kerajaan bagi memastikan pemaju seperti ini memenuhi semua syarat-syarat kelulusan yang termaktub di dalam Kebenaran Merancang asal di semua PBT di Negeri Selangor?
Setiap kelulusan Kebenaran Merancang yang diberi oleh PBT telah ditetapkan pelbagai syarat yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju dan Kerajaan Negeri telah pun menurunkan kuasa kepada PBT untuk memantau kerja-kerja ditapak sehingga projek siap dilaksanakan dengan sempurna.
PBT boleh mengemukakan notis ketidakpatuhan kepada pihak Lembaga Arkitek Malaysia jika berlaku ketidakpatuhan syarat-syarat KM sebelum Certificate of Completion and Compliance (CCC) dikeluarkan.
Pihak PBT dengan kuasa yang diberikan melalui Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 – (Akta 172) boleh melaksanakan penguatkuasaan berdasarkan Seksyen 28 yang memperuntukkan PBT boleh mengeluarkan notis dan denda bagi pelanggaran dan ketidakpatuhan syarat KM bagi pemajuan tersebut.