Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

13) BANJIR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Dato' Haji Amiruddin Bin Setro

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan banjir kilat yang pernah berlaku di Selangor pada tahun 2014 mengikut PBT?

    Untuk makluman, jumlah kawasan yang terlibat dengan banjir di negeri Selangor sepanjang tahun 2014 adalah sebanyak 92 kawasan. Walau bagaimanapun, data yang dikumpulkan adalah mengikut daerah dan bukan mengikut PBT.

    Berikut pecahan 92 kawasan yang terlibat banjir mengikut daerah :

    Daerah Petaling                      : 17 kawasan

    Daerah Klang                          : 17 kawasan

    Daerah Hulu Selangor          : 15 kawasan

    Daerah Gombak                      : 11 kawasan

    Daerah Sepang                      : 7 kawasan

    Daerah Kuala Langat             : 7 kawasan

    Daerah Hulu Langat              : 6 kawasan

    Daerah Kuala Selangor        : 6 kawasan

    Daerah Sabak Bernam          : 6 kawasan

  2. Apakah usaha kerajaan negeri bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di Selangor?

    Bagi memastikan banjir kilat tidak berlaku lagi di Selangor, semua parit dan longkang perlu dipastikan bersih, tidak rosak dan tersumbat dengan sampah. Penyelenggaraan sistem saliran dan kawasan pembangunan tanah juga perlu dilaksanakan bagi memastikan air larian tidak membebankan parit utama dan sungai sedia ada.

  3. Adakah kerajaan negeri pernah melakukan kajian berkenaan kemungkinan berlakunya banjir besar di Selangor seperti di Kelantan?

    JPS tidak mempunyai kajian berkaitan kemungkinan berlakunya banjir besar di Selangor akan tetapi beberapa kajian sistem saliran bagi mengatasi banjir telah dibuat seperti berikut :-

    1. Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Klang.
    2. Kajian Pelan Induk Saliran Seri Kembangan.
    3. Kajian Pelan Induk Saliran Banting.
    4. Kajian Pelan Induk Saliran MSC.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.