Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
11) RUMAH MAMPU MILIK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perumahan
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapa jumlah rumah mampu milik yang telah dibina pada tahun 2014 ?
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak 26 projek Rumah Selangorku yang terdiri daripada 9,935 unit pada tahun 2014. Namun hanya 315 unit Rumah Selangorku sahaja yang telah memulakan pembinaannya pada tahun 2014 manakala bakinya masih di peringkat penyediaan pelan konsep dan kelulusan pelan- pelan pembangunan.
-
Senaraikan daerah-daerah yang terdapat rumah mampu milik di Selangor?
Untuk makluman Yang Berhormat. juga, kerajaan negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), telah meluluskan sebanyak 81 projek Rumah Selangorku semenjak tahun 2010 lagi. Projek Rumah Selangorku ini merangkumi semua daerah di negeri Selangor kecuali di Daerah Sabak Bernam. Perincian maklumat Rumah Selangorku mengikut daerah adalah seperti berikut :
BIL. DAERAH BIL. PROJEK BIL. UNIT 1. Hulu Langat 22 5,608 2. Petaling 21 9,987 3. Gombak 9 3,006 4. Klang 8 3,700 5. Kuala Selangor 8 2,743 6. Sepang 7 3,324 7. Kuala Langat 3 4,082 8. Hulu Selangor 3 209 9. Sabak Bernam – – JUMLAH 81 32,659