Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

10) PELABURAN DI SETIAP DAERAH SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2014 hingga kini.

    Jumlah pelaburan di setiap daerah bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:-

    Daerah Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM) Jumlah Modal Pelaburan (RM)
    Petaling 93 5,560 1,401,088,324 491,009,117 1,892,097,441
    Klang 65 4,781 1,404,387,960 1,750,822,331 3,155,210,291
    Kuala Selangor 7 571 180,321,996 5,265,660 185,587,656
    Hulu Langat 25 1,469 250,281,992 61,679,635 311,961,627
    Gombak 12 427 142,432,506 32,214,721 174,647,227
    Kuala Langat 9 1,529 126,393,325 617,018,493 743,411,818
    Hulu Selangor 11 418 184,595,204 130,117,254 314,712,458
    Sepang 2 185 103,990,481 117,260,987 221,251,468
    Sabak Bernam 0 0 0 0 0
    Lain – Lain Kawasan 5 178 43,380,000 0 43,380,000
    Jumlah Keseluruhan 229 15,118 3,836,871,788 3,205,388,198 7,042,259,986

    Sumber : MIDA

  2. Apakah insentif atau ganjaran diberikan kepada pelabur tempatan dan asing?

    Secara dasarnya pihak Kerajaan Negeri tiada menawarkan sebarang insentif atau ganjaran berbentuk kewangan kepada pelabur tempatan atau asing.

    Namun begitu, pihak Kerajaan Negeri menyediakan agensi khusus seperti Invest Selangor untuk membantu para pelabur dari mula proses mengenalpasti tapak, menyelaras permohonan-permohonan kelulusan pembangunan serta membantu para pelabur menyelesaikan masalah yang dihadapi samada melibatkan pihak Kerajaan Negeri mahupun pihak Kerajaan Persekutuan.

    Dalam membantu menyelesaikan isu pelaburan yang berbangkit, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Projek secara bulanan yang dipengerusikan oleh YB Dato’ EXCO bagi membincangkan permasalahan yang berbangkit dan membantu pihak pelabur untuk mempercepatkan proses penyelesaian dan proses pembangunan yang dicadangkan.

  3. Nyatakan senarai nama syarikat pelabur asing di daerah Kuala Langat

    Projek-projek perkilangan yang diluluskan melibatkan penyertaan pelabur asing di Daerah Kuala Langat bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:-

    Bil. Jenis Industri Alamat Syarikat Status Projek Negara Produk
    1 Paper, Printing & Publishing K.P.&P.Kertas Langat, Lot. 7090, Mukim Tanjung 12, KB.No.206, Daerah Kuala Langat, 42700 Banting, Selangor. Diversification Japan 1) Kraftliner

    2) Liner

    2. Food Processing Lot 2258 & 3654, Batu.9, Jalan Helang, Kebun Baru, Teluk Panglima Garang, 42500 Banting, Selangor. New Singapore Vegetable ghee, shortening, margerine, specialty fats and cooking oils
    3. Electrical & Electronics Lot 1338 & 2493, Jalan, Sukepi, Kawasan Perindustrian Jenjarom, Kampung. Jenjarom, Kuala Langat, 42600 Selangor. New Singapore Sealed lead acid (SLA) batteries (Rechargeable)

    Sumber : MIDA

     

Lampiran

Tiada Lampiran.