Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
337) PRESTASI ANAK SYARIKAT / GLC SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan prestasi keuntungan sebelum dan selepas cukai bagi setiap anak syarikat / GLC pada tahun 2014?
Anak syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kerajaan Negeri mempunyai 12 anak syarikat.
Badan berkanun ertinya mana-mana pertubuhan perbadanan, tidak kira dengan nama apa ia dikenali, yang diperbadankan menurut peruntukan- peruntukan undang-undang persekutuan dan yang menjadi pihak berkuasa awam atau agensi Kerajaan Malaysia tetapi tidak termasuk pihak berkuasa tempatan dan pertubuhan perbadanan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 (Akta Badan Berkanun 1980). Kerajaan Negeri mempunyai lapan (8) Badan Berkanun.
i) Senarai Anak Syarikat / Perbadanan yang berasaskan keuntungan.
Bil
Anak Syarikat/Perbadanan
Keuntungan sebelum cukai 2014*
(RM)
Keuntungan selepas cukai 2014*
(RM)
1. Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor
17.29 juta 16.74 juta 2. Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
386,933 juta** 279,661 juta** 3. Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
86,232,966 86,232,966 4. Kumpulan Darul Ehsan Berhad 25.245 juta 24.031 juta 5. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 37.11 juta 27.41 juta 6. Bukit Beruntung Golf & Country Club
(646,195.00) (646,195.00) 7. Permodalan Negeri Selangor Berhad
49,425,000 33,310,000 8. Tourism Selangor Sdn Bhd (428,609.00) (428,609.00) * Berdasarkan Penyata Kewangan yang belum diaudit.
** Keuntungan yang dikemukakan oleh PKNS adalah bagi tahun 2013. PKNS tidak dapat mengemukakan keuntungan bagi tahun 2014 kerana Penyata Kewangan 2014 masih dalam proses pengauditan.
Nilai ( ) menandakan kerugian.
ii)Senarai Anak Syarikat / Perbadanan yang TIDAK berasaskan keuntungan.
Anak Syarikat / Perbadanan berikut ditubuhkan untuk tujuan khusus yang tidak bermotifkan keuntungan, maka sebarang lebihan atau kekurangan tidak ditafsirkan sebagai keuntungan atau kerugian. Anak Syarikat / Perbadanan tersebut adalah seperti berikut:-
1.
Anak Syarikat / Perbadanan yang TIDAK berasaskan keuntungan.
Fungsi Utama
1. Invest Selangor Berhad Mempromosikan pelaburan asing dan tempatan 2. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Pendidikan tinggi 3. MSNS HOLDINGS Pembangunan dan pengurusan sukan 4. Rantaian Mesra Sdn Bhd Promosi sebahagian Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) 5. Communication Corporation Sdn Bhd Penyampaian maklumat berkaitan program Kerajaan Negeri Selangor 6. Yayasan Warisan Anak Selangor Promosi dan Anak Selangor pendaftaran Tabung Warisan 7. Yayasan Selangor Pendidikan menengah 8. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Pihak berkuasa bagi pembangunan perumahan dan hartanah di Selangor 9. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor Pengurusan dan pembangunan Perpustakaan Awam 1.
Anak Syarikat / Perbadanan yang TIDAK berasaskan keuntungan.
Fungsi Utama
10. Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor Pembangunan dan pemeliharaan adat Melayu dan warisan Negeri Selangor 11. Lembaga Urus Air Selangor Pengurusan sumber air di Negeri Selangor 12. Yayasan Dar Selangor
al Qard al Hasan Pengurusan bantuan skim mikrokredit. -
Berapakah nilai sumbangan anak-anak syarikat kepada kewangan negeri pada tahun 2014?
Nilai sumbangan anak-anak syarikat / GLC kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 adalah berjumlah RM 17,847,491.90. Senarai anak-anak syarikat/ GLC negeri yang telah memberi sumbangan kepada kewangan negeri pada tahun 2014 adalah seperti berikut:-
Anak Syarikat / Perbadanan Sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 (RM) Tujuan Sumbangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor 100,000 Program Kerajaan Prihatin 50,000 Tajaan Master Kejohanan Golf Selangor 335,394 Tabung (TWNS) Warisan Negeri Selangor 408,750 Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2014 200,000 Sumbangan Pasca Banjir Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) 3,007,678.60 Tabung (TWNS) Warisan Negeri Selangor 2,000,000 Program Kerajaan Prihatin 500,000 Sumbangan Pasca Banjir Anak Syarikat / Perbadanan Sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 (RM) Tujuan Sumbangan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) 500,000 Sumbangan Pasca Banjir Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Tiada Tiada Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT) Tiada Tiada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Tiada Tiada Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) Tiada Tiada Yayasan Selangor Tiada Tiada Kumpulan Darul Ehsan Berhad 156,940 Tabung (TWNS) Warisan Negeri Selangor 50,000 Sumbangan Pasca Banjir Kumpulan Sdn Bhd Semesta 1,500 Karnival Selangor Jelajah Generasi Idaman 1,000,000 Program Kerajaan Perihatin 50,000 Kejohanan Golf Selangor Masters 2014 408,750 Pembelian Lembu Korban Peringkat Negeri Selangor 2014 316,514.20 Tabung Warisan Negeri Selangor Anak Syarikat / Perbadanan Sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 (RM) Tujuan Sumbangan (TWNS) 500 Kejohanan Sukan SUK Malaysia 2014 200,000 Sumbangan Pasca Banjir Permodalan Negeri Selangor Berhad 137,000 Sambutan Tahun Baru Cina 2014 136,000 Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2014 100,000 Program Sumbangan Kembali ke Sekolah 20,000 Program Raja Muda International Regatta edisi ke 25 65,000 Lain-lain sumbangan kepada Masjid, Badan Kebajikan, NGO, Pusat Tahfiz, PIBG Sekolah, Rumah Anak Yatim 100,000 Pertandingan The Sultan Selangor’s Cup 200,000 Kejohanan Golf Selangor Master 2,000 Anak Yatim Negeri Selangor sempena Hari Raya 5,000,000 Football Association Selangor 409,000 Sumbangan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha 2014 1,000,000 Program Kerajaan Prihatin Anak Syarikat / Perbadanan Sumbangan kepada Kerajaan Negeri pada tahun 2014 (RM) Tujuan Sumbangan 1,342,974.10 Tabung Warisan Negeri Selangor (TWNS) MSNS Holdings Sdn Bhd 5,000 Sumbangan Pasca Banjir 20,000.00 Sumbangan bagi Kejohanan badminton (anjuran Exco Belia & Sukan) 5,616.00 Tabung Warisan Negeri Selangor 13,875.00 Pelbagai bentuk sumbangan Tourism Selangor Sdn Bhd 5,000 Sumbangan Pasca Banjir Communication Corporation Sdn Bhd Tiada Tiada Rantaian Mesra Sdn Bhd Tiada Tiada Invest Selangor Berhad Tiada Tiada Yayasan Warisan Anak Selangor Tiada Tiada Bukit Beruntung Golf & Country Club Tiada Tiada Pendidikan Industri YS Sdn Bhd Tiada Tiada Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor Tiada Tiada