Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

336) STESEN BAS SEMENYIH TERBIAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapa Stesen Bas Semenyih terbiar dan tidak beroperasi sebagai stesen bas awam sejak ia dibina?

    Hentian Bas Semenyih Sentral yang telah dibina oleh Tetuan Kreatif Rakyat Sdn. dengan pembinaan sebuah perhentian bas 2 tingkat mengandungi 1 unit pejabat dan bilik Jualan tiket, 20 unit kedai, pencawang elektrik, 1 unit pembuangan sampah dan perakuan kelayakan menduduki bangunan telah diluluskan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang pada 14.11.2003 dan diserahkan kepada pihak Majlis.

    Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pelaburan dan Penswastaan Bil.1/2008, MPKj bertarikh 28 Ogos 2008 dan Mesyuarat Penuh Ahli Majlis Bil.4/2008, MPKj bertarikh 4 September 2008 telah meluluskan penyewaan keseluruhan Terminal Bas Semenyih Sentral kepada Tetuan Bas Bakti Sdn. Bhd. dengan tempoh penyewaan selama 3 tahun dan pilihan lanjutan dengan kadar sewaan  RM5,000.00 sebulan pada 6 November 2008 dengan syarat-  syarat yang dikenakan oleh pihak majlis.

    Sepanjang tempoh penyewaan premis tersebut, pihak penyewa Bas Bakti Sdn. Bhd. telah menyediakan perkhidmatan bas kepada orang awam namun tidak mendapat sambutan disebabkan lokasi premis tersebut yang terletak jauh dari jalan utama iaitu Jalan Semenyih. Pihak MPKj juga telah menyediakan ruang yang bersesuaian kepada Persatuan Pengusaha Teksi Semenyih untuk turut beroperasi di premis tersebut namun turut juga tidak mendapat sambutan dari orang awam.

  2. Apakah perancangan MPKj untuk memanfaatkan bangunan stesen tersebut?

    Dalam masa terdekat, pihak MPKj merancang untuk menyewakan premis tersebut kepada mana-mana pihak/syarikat yang berminat dengan mengambilkira syarikat yang akan dilantik atau ditawarkan mempunyai keupayaan untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam iaitu bas,teksi ataupun kereta sewa merujuk sepertimana kegunaan asal bangunan tersebut serta pengurusan kedai pejabat.

  3. Nyatakan nilai kerugian hasil yang tidak dapat dikutip oleh MPKj akibat kegagalan stesen tersebut beroperasi

    Nilai kerugian yang tidak dapat dikutip oleh pihak Majlis adalah dari aspek sewa bangunan yang tidak diterima oleh MPKj bermula dari Mac 2014 sehingga kini

Lampiran

Tiada Lampiran.