Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
335) PENASIHAT EKONOMI SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status Penasihat Ekonomi Selangor yang kini dikenakan hukuman penjara 5 tahun?
Beliau masih kekal sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
-
Jika masih dikekalkan, apakah mekanisme yang diwujudkan bagi membolehkan beliau memainkan peranan tersebut?
Kerajaan Negeri Selangor akan membantu untuk memastikan segala bahan- bahan berkaitan tugasan beliau (laporan, berita, analisa) sebagai Penasihat akan dibawa ke penjara untuk penelitian dan syor beliau.
-
Berapakah perbelanjaan setahun untuk menampung kos pejabat, staf, tuntutan perjalanan serta elaun-elaun lain?
Anggaran perbelanjaan sebulan RM40 ribu sehingga RM45 ribu.