Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

334) PEMILIKAN RUMAH SENDIRI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Halimaton Saadiah Binti Bohan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rakyat Selangor yang telah memiliki rumah sendiri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) hanya mempunyai data penawaran rumah kos rendah yang telah ditawarkan kepada rakyat Selangor. Jumlah pemohon yang telah ditawarkan rumah kos rendah dari tahun 2008 hingga 2014 adalah seramai 17,500 orang.

  2. Apakah usaha kerajaan negeri dalam membantu rakyat Selangor terutamanya golongan belia untuk memiliki rumah sendiri?

    Untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini Kerajaan Negeri belum menyediakan skim khas bagi membantu golongan belia memiliki rumah sendiri. Walau bagaimanapun, golongan belia berumur 18 tahun ke atas yang memenuhi syarat kelayakan permohonan rumah kos rendah atau kini juga dikenali sebagai Rumah Selangorku Jenis A boleh memohon rumah ini yang disasarkan untuk golongan yang belum memiliki rumah

Lampiran

Tiada Lampiran.