Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
328) PENCEMARAN DAN KEKURANGAN SUMBER AIR MENTAH
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah bentuk pencemaran di Sungai Semenyih pada bulan Februari dan Mac 2015?
Pencemaran yang berlaku di Sungai Semenyih adalah penurunan parameter pH kepada keadaan berasid serta peningkatan parameter Mangan dan Ammoniakal Nitrogen sehingga menyebabkan gangguan kepada operasi Loji Pembersihan Air Sungai Semenyih pada 15 Februari, 3, 7 dan 19 Mac Bacaan tiga (3) parameter pada hari kejadian adalah seperti berikut :
BIL PARAMETER 15/2/15 3/3/15 7/3/15 19/3/15 PIAWAIAN KKM
1 pH 5.53 5.3 6.16 6.69 5.5 – 9.0 2 Mangan (mg/l) 1.22 2.3 0.6 0.99 0.2 3 Ammoniakal Nitrogen (mg/l)
1.27 1.8 1.59 1.30 1.5 -
Apakah langkah yang diambil untuk mengelakkan pencemaran sungai yang menjadi sumber air mentah seluruh Selangor?
Memastikan sumber air di Selangor sentiasa bersih dan selamat untuk digunakan adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), pemantauan dan siasatan (berkala dan tidak berkala) dijalankan bagi memastikan sumber air dipelihara daripada pelbagai aktiviti yang memberikan kesan negatif kepada kuantiti dan kualitinya.
Dalam pada itu, usaha penjagaan dan pemuliharaan sumber air dilaksanakan melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan :
- Jawatankuasa Pengurusan Lembangan Sungai,
- Pasukan Petugas Lembangan Sungai, dan
- Jawatankuasa Kecemasan Pencemaran Sumber
Penguatkuasaan kuasa perundangan yang diperuntukkan dilaksanakan dalam penjagaan sumber air, antaranya :
- pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012,
- pemberian Kebenaran Bertulis bagi Aktiviti Pengubahan Sumber, semua aktiviti yang dijalankan melibatkan badan air, dan
- pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan pendakwaan bagi setiap kesalahan yang berkaitan dengan sumber
Selain itu, beberapa program sedang dilaksanakan, antaranya :
- Mewartakan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan bagi tujuan kawalan fizikal dan kualiti air
- Menyediakan daftar sumber air Negeri untuk tujuan kawalan dan penguatkuasaan;
- Kajian semula inventori pemetaan pencemaran dengan penganalisaan risiko tahap pencemaran dan menetapkan syarat yang lebih ketat; dan
- Pembangunan Decision Support System, (DSS) bagi pengurusan Lembangan Sungai Selangor secara
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Pelesenan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012
melibatkan 7 Aktivti Berjadual iaitu akuakultur udang laut, akuakultur air tawar, kawasan pembangunan atau kerja tanah, penternakan selain babi, penternakan babi, haiwan kesayangan dan pencucian pasir/kuari.
Ø Pengeluaran Notis Pemberitahuan Kesalahan, Kompaun dan Pendakwaan.
Untuk kes pencemaran minyak Sungai Selangor yang berlaku pada Ogos 2013, pendakwaan telah dibuat dan kini kes Selangor tersebut sedang dalam peringkat perbicaraan di Mahkamah Shah Alam.
Ø Pewartaan kawasan rizab sungai sebagai zon perlindungan.
Tiada aktiviti berisiko tinggi yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran air sungai dibenarkan di kawasan rizab sungai yang telah diwartakan. Sungai Selangor telah pun diwartakan. Sungai Langat, Sungai Semenyih dan anak-anak sungai lain sedang dalam tindakan pewartaan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Negeri Selangor;
- Pembangunan Decision Support System, (DSS)
pelepasan air empangan akan dilaksanakan secara optima dengan mengambilkira keadaan semasa aliran sungai dan juga ramalan hujan di kawasan tadahan. Pembangunan DSS ini juga akan direplikasi kepada lembangan lain secara berfasa.
-
Apakah tindakan yang diambil untuk mengatasi kekurangan sumber air mentah seperti tahun 2014?
- Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS telah dan sedang melaksanakan tindakan-tindakan bagi memastikan kesediaan sumber air Negeri ketika menghadapi musim kering berkaitan fenomena Ekuinoks seperti berikut :
- Operasi pembenihan awan (cloud seeding),
- Operasi pengepaman air kolam alternatif di Bestari Jaya,
- Pelepasan air empangan di Sg. Selangor dikawal dengan ketat melalui kelulusan daripada LUAS secara harian,
- Pemindahan air dari terowong Langat 2 ke Sg. Langat dilakukan dengan tujuan untuk memberdaya ketahanan Sg. Langat bagi keperluan Loji Pembersihan Air (LPA) Langat, Bukit Tampoi dan Cheras Batu 11,
- Mengadakan kerjasama erat antara agensi Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memantau dan mengawal bagi mengelakkan berlakunya pencemaran sumber air, dan
- Penguatkuasaan yang tegas melalui pemantauan yang berterusan di sepanjang sungai yang terlibat dalam pembekalan air mentah iaitu Sg. Selangor, Langat dan Sg. Semenyih termasuk semasa waktu cuti.
Kerajaan Negeri Selangor melalui LUAS juga sedang melaksanakan tindakan-tindakan untuk kelangsungan sumber air secara jangka panjang seperti berikut:
- Pembangunan Kolam Takungan Hiliran/HORAS 3000
- Penyaluran air mentah Sg. Bernam
- Pembangunan off-river storage (ORS) di Semenyih / Sg. Langat
- Membangunkan sumber air bumi
MAKLUMAT TAMBAHAN
- Operasi pembenihan awan (cloud seeding)
Telah mula dijalankan pada 21 Februari 2015 yang lalu bersama Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) dan syarikat pembekal perkhidmatan yang dilantik di kawasan lembangan sungai termasuk kawasan tadahan Empangan Sg. Selangor sebanyak 2 kali setiap hari bergantung kepada kesesuaian atmosfera,
Ø Operasi pengepaman air kolam alternatif di Bestari Jaya
Telah bermula pada 2 Februari 2015 yang lalu dengan keupayaan pengeluaran 800 juta liter sehari (JLH). Air kolam yang dipam ke Sg. Selangor ini mematuhi piawaian air mentah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dirawat oleh loji pembersihan air (LPA). Proses pemantauan kualiti air dijalankan melalui 3 peringkat, iaitu; i) pemantauan di kolam alternatif oleh LUAS dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), ii) pemantauan air mentah di sungai dan muka sauk oleh LUAS, operator loji dan JKNS, dan iii) pemantauan air terawat selepas proses rawatan di LPA oleh operator loji dan JKNS. Pensampelan kualiti air kolam-kolam ini dijalankan oleh JKNS dan dianalisa oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM),
Ø Pelepasan air empangan di Sg. Selangor dikawal dengan ketat melalui kelulusan daripada LUAS secara harian.
Beberapa semakan pelepasan juga dilakukan sehingga 3 kali sehari untuk mengoptimakan aliran air sungai sedia ada dan sumber air daripada kolam alternatif tersebut,
- Pembangunan Kolam Takungan Hiliran/HORAS 3000 Pembangunan kolam ini adalah usaha untuk menakung lebihan air larian sungai (stormwater) ke dalam kolam takungan di hilir sungai untuk digunakan sebagai sumber air tambahan dan juga mengurangkan impak banjir di kawasan muka sauk Pembangunan HORAS ini dibangunkan secara berfasa iaitu HORAS 600 bagi fasa pertama yang akan mula siap pada September 2015 dan HORAS 3000 yang di dalam peringkat kajian perbandingan.
Ø Penyaluran air mentah Sg. Bernam
Kajian terperinci sedang dilaksanakan untuk memastikan sumber air tersebut dapat membantu memperkasakan aliran air di Sg. Selangor. Perbincangan awalan bersama Kerajaan Negeri Perak telah diadakan dan ia juga merujuk kepada Kajian Semula Sumber Air Negera 2000 – 2050.
Ø Pembangunan off-river storage (ORS) di Sg. Semenyih / Sg. Langat
Membangunkan sumber air tambahan sebanyak 100 hingga 200 JLH di Sg. Semenyih dan Sg. Langat melalui sistem ORS.
Ø Membangunkan sumber air bumi
Keupayaan abstraksi air bumi yang selamat untuk Negeri Selangor adalah 2373 MLD berdasar Kajian Kebolehdapatan Sumber Air Bumi Negeri Selangor yang dijalankan oleh Jurutera Perunding yang dilantik oleh LUAS. Pembangunan sumber air bumi adalah sebagai sumber air yang terakhir setelah mengambilkira sumber dari sungai dan air permukaan.