Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

327) PUSAT REFLEKSOLOGI MENAWARKAN KHIDMAT SEKS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pusat refleksologi menawarkan khidmat seks yang telah diambil tindakan oleh kerajaan negeri pada tahun 2014?

    Sebanyak 462 buah pusat refleksologi telah diambil tindakan oleh PBT kerana didapati telah melanggar syarat dan menyalahgunakan premis dengan menawarkan khidmat seks. Senarai pecahan bilangan kes mengikut PBT adalah seperti berikut:-

     

    Bil.

     

    PBT

    Bilangan Pusat Refleksologi yang diambil tindakan

    pada tahun 2014

    2. MBPJ 373
    4. MPKJ 34
    5. MPS 25
    6. MPK 30
    7. MPAJ Tiada Kes
    1. MBSA Tiada Kes
    3. MPSJ Tiada Kes
    8. MPSP Tiada Kes
    9. MDKS Tiada Kes
    10. MDKL Tiada Kes
    11. MDSB Tiada Kes
    12. MDHS Tiada Kes
    Jumlah 462

    **Sumber: Semua PBT Negeri Selangor

  2. Apakah usaha kerajaan negeri untuk memastikan kegiatan haram ini terus dihapuskan?

    Antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh PBT bagi menghapuskan aktiviti-aktiviti perniagaan tanpa kebenaran PBT dan melanggar syarat perlesenan adalah seperti berikut:-

    • Tindakan kompaun kepada pemilik lesen dan premis;
    • Membatalkan lesen perniagaan sekiranya terbukti;
    • Membuat sitaan terhadap barang-barang perniagaan dibawah Peruntukan Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan Pusat Kesihatan terhadap premis perniagaan yang terbukti melanggar syarat lesen;
    • Menolak permohonan pembaharuan lesen selepas lesen dibatalkan;
    • Membekukan lesen contohnya lesen rumah urut sejak tahun 2008;
    • Menjalankan pengintipan dan pemantauan berkala oleh anggota Penguatkuasa PBT; dan
    • Bekerjasama bersama agensi lain bagi membanteras permasalahan yang berlaku bersama pihak PDRM, IMIGRESEN, dan JAIS iaitu dengan menjalankan operasi bersama dan mengambil tindakan kepada pengusaha yang melanggar syarat

     

Lampiran

Tiada Lampiran.