Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

324) KEGAGALAN PKNS DALAM PJ SENTRAL

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah pegawai-pegawai atasan PKNS masih melakukan kesilapan ketara berkenaan klausa dan artikel Shareholder Agreement dan M&A PJ Sentral Development Sdn. Bhd., satu projek usahasama dengan Nusa Gapurna walaupun PKNS telah menandatangani Integrity Pact dengan Transparency International (TI)?

    Dakwaan YB Kampung Tunku bahawa PKNS telah melakukan kesilapan setelah menandatangani Intergriti Pledge adalah tidak tepat kerana projek usahasama dimeterai pada tahun 2007. Intergriti Pledge mula diusahakan dengan SPRM pada 14 November 2012.

    Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna PKNS tidak berpegang kepada prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam setiap gerak kerja dan usahasamanya.

    Pihak PKNS telah mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi menangani isu yang dibangkitkan dengan membuat penambahbaikan seperti berikut :

    • Menyemak semula semua polisi, garis panduan dan tadbir urus korporat ; dan
    • Memperkemaskan program kesedaran integriti kepada anggota PKNS

    Bagi isu projek usahasama PJ Sentral, PKNS ambil maklum di atas teguran dan pandangan Bahagian Audit dan pihak Pengurusan PKNS telah mengambil tindakan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.