Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

320) ISU PKNS-MELATI EHSAN KOMPLEKS SUKAN KELANA JAYA

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah pendirian kerajaan negeri terhadap usahasama PKNS dan Melati Ehsan Holdings Bhd untuk tanah kompleks sukan Kelana Jaya?

    PKNS melalui PKNS Holdings Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Bayu Melati Sdn Bhd pada 28 Januari 2011 untuk memajukan tapak berdasarkan dokumen yang ada dalam simpanan PKNS iaitu sebagai tapak komersial.

    Berdasarkan klausa perjanjian, PKNS tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan projek kerana ini mempunyai implikasi perundangan.

    Walaubagaimanapun PKNS ambil maklum ada pandangan lain yang telah dibangkitkan tentang syarat guna tanah dan PKNS juga telah melalui proses Rayuan.

    Dalam pada itu, Kerajaan Negeri boleh menimbang semula projek ini berdasarkan kepentingan awam.

  2. Adakah PKNS telah menandatangani apa-apa perjanjian dengan Melati Ehsan Holdings Bhd berkenaan dengan pembangunan ini?

    Sama seperti di SUB (a)

  3. Apakah terma-terma utama perjanjian tersebut?

    Joint Venture Agreement

    Perjanjian menjelaskan obligasi PKNS Holdings dan Bayu Melati Sdn Bhd di dalam pemajuan projek tersebut. Bayu Melati Sdn Bhd bertanggungjawab penuh di dalam kos pembangunan, dokumentasi jualan dan penyerahan hakmilik individu kepada pembeli.

    Untuk balasan, PKNS Holdings akan menerima tunai sebanyak RM387 juta dimana RM81.2 juta akan diserahkan kepada PKNS sebagai harga tanah.

    PKNS Holdings juga akan menerima ’in kind’ sebanyak RM35.5 juta yang mana akan diserahkan keseluruhannya kepada PKNS.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.