Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

313) PROJEK PEMBANGUNAN BERSEPADU LADANG AIR MANIS OLEH PNSB

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan apakah status terkini cadangan projek tersebut ?

    Kelulusan Kebenaran Merancang telah diluluskan Oleh Majlis Daerah Sabak Bernam pada 26 September 2014. Kelulusan OSC bagi Pelan Bangunan, Infra dan lain-lain secara serentak telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa OSC, Majlis Daerah Sabak Bernam secara bersyarat pada 18 Februari 2015 dan diperakukan kelulusannya pada 18 Mac 2015.

  2. Sila nyatakan apakah kekangan utama yang dihadapi oleh PNSB sehingga projek tersebut masih belum dimulakan ?

    Majlis Daerah Sabak Bernam telah meluluskan Kebenaran Merancang pertama pada 20 Februari 2013, walau bagaimanapun ianya terpaksa ditangguhkan disebabkan terdapat cadangan Jajaran Jalan FR5 (Tanjung Karang – Hutan Melintang) oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia yang melibatkan sebahagian tanah milik PNSB

    Walau bagaimanapun, Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (MMKN) ke 33/2014 pada 27 Ogos 2014 telah menimbang dan bersetuju dengan kajian perubahan dan pembinaaan jajaran alternatif melalui terusan utama (bund canal) bagi menggantikan jajaran FR5 (Tanjung Karang

    – Hutan Melintang). Keputusan ini telah menyebabkan tanah PNSB tidak lagi terlibat dengan jalan berkenaan dan pembangunan berkenaan boleh diteruskan.

  3. Sila senaraikan secara terperinci keseluruhan cadangan pembangunan tersebut ?

    Berikut adalah komponen terperinci cadangan pembangunan sebagaimana kelulusan Kebenaran Merancang oleh Majlis Daerah Sabak Bernam bertarikh 26 September 2014 ;

    JENIS PEMBANGUNAN UNIT LUAS

    (EKAR)

    %
    Perumahan      
    Rumah Teres Sederhana 2 Tingkat (20’x90’) 32 1.44 5.73
    Rumah Bandar Kos Sederhana (22’x60’) 48 0.804 3.20
    Rumah Bandar Kos Sederhana (22’x80’) 56 1.271 5.05
    Pangsapuri Rumah Selangorku 5-13 Tingkat 260 3.71 14.77
    Jumlah Kecil 396 7.225 28.76
           
    Perniagaan      
    Stesen Minyak 1 1.00 3.98
    Pusat Penjaja (R&R) – Serah kepada MDSB 1 1.73 6.88
    Kedai Pejabat 3 Tingkat (22’x70’) 13 0.461 1.84
    Kedai Pejabat 4 Tingkat (22’x70’) 7 0.407 3.45
    Jumlah Kecil 22 3.598 14.31
           
    Kemudahan Infrastruktur & Utiliti      
    Pencawang Elektrik 2 0.208 0.83
    Kolam Takungan Air 1.250 4.74
    Loji Rawatan Kumbahan 0.617 2.60
    Tangki Air 0.247 0.98
    Kawasan Lapang 2.48 9.92
    Simpanan Parit 0.98 3.93
    Rezab Jalan dan Lorong 8.413 33.65
    Jumlah Kecil 2 13.577 54.54
    JUMLAH KESELURUHAN   25.00 100.00

Lampiran

Tiada Lampiran.