Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
307) KAWASAN INDUSTRI ZURAH RASA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Perindustrian
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah benar lot-lot industri di Kawasan Industri Zurah Rasa masih tidak dibangunkan walaupun habis dijual?
Kesemua 235 lot industri Zurah telah habis dijual. Daripada 235 lot tersebut 51 lot telah didirikan bangunan, manakala baki lot adalah dalam pelbagai tindakan syarikat seperti sedang mengemukakan permohonan kelulusan pelan bangunan dan urusan pelantikan kontraktor untuk membina kilang.
-
Adakah benar berpuluh-puluh lot industri di kawasan tersebut telah dijual kepada sebuah syarikat pada awal tahun 2014? Jika benar, nyatakan harga jualan dan butir-butir lain
Tidak benar. Sepanjang tahun 2014, satu syarikat hanya membeli 1 atau 2 lot industri. Keseluruhannya sebanyak 14 lot telah dijual melibatkan 9 syarikat dengan nilai jualan RM 8,647,789.00.