Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
305) PEMBANGUNAN PKNS SPORTS CITY DI KELANA JAYA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah PKNS bercadang untuk membatalkan projek ini, demi memelihara kawasan hijau yang sangat terhad di Petaling Jaya?
PKNS melalui PKNS Holdings Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Bayu Melati Sdn Bhd pada 28 Januari 2011 untuk memajukan tapak berdasarkan dokumen yang ada dalam simpanan PKNS iaitu sebagai tapak
Berdasarkan klausa perjanjian, PKNS tidak boleh sewenang-wenangnya membatalkan projek kerana ini mempunyai implikasi perundangan.
Walaubagaimanapun PKNS ambil maklum ada pandangan lain yang telah dibangkitkan tentang syarat guna tanah dan PKNS juga telah melalui proses Rayuan.
Dalam pada itu, Kerajaan Negeri boleh menimbang semula projek ini berdasarkan kepentingan awam.
-
Berapakah pampasan yang perlu dibayar kepada Melati Ehsan Holding Bhd jika projek ini dibatalkan?
PKNS bersedia untuk menimbangkan semula projek ini demi kepentingan awam. Sekiranya ada bantahan oleh pihak Bayu Melati ianya akan ditentukan oleh pihak mahkamah kemudian. Ada kemungkinan PKNS akan menanggung kerugian yang besar.