Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
299) PRESTASI KUMPULAN HARTANAH SELANGOR BERHAD
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan pendapatan dan keuntungan kumpulan hartanah dan anak syarikat pada tahun 2014?
Untuk tahun kewangan berakhir 2014 (berdasarkan akaun yang belum diaudit), KHSB dan anak-anak syarikatnya telah mencatatkan pendapatan sebanyak RM31.46 juta dan kerugian sebanyak RM119.42 juta.
-
Apakah nama, nilai serta lokasi projek kendalian Kumpulan Hartanah serta anak syarikatnya?
Berikut adalah antara projek-projek yang berada di bawah kendalian KHSB dan anak-anak syarikatnya.
Nama Jenis Pembangunan Nilai (Juta) Status Projek 1 Selangor Halal Hub, Pulau Indah, P. Klang
Industri RM150 Juta
Sedang Berjalan 2 Pulau Indah Industrial Park (PIIP) Industri RM934 Juta
Sedang Berjalan 3 Seksyen 14 Petaling Jaya Bercampur RM1,200 Juta
Permohonan Kebenaran Merancang
4 Taman Malawati Jaya, Kuala Selangor Perumahan (Rumah Selangorku) RM23 Juta
· Permohonan Kebenaran Merancang & Pelan Bangunan · Jangkaan pelancaran di Suku ke-4, 2015