Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
298) PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA KHUSUSNYA DI KAMPUNG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Dr Hajah Halimah Binti Ali
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah wujud satu pasukan yang terlatih untuk turun ke kampung-kampung untuk mendidik pengguna tentang hak dan hal ehwal pengguna?
Kerajaan Negeri dengan kerjasama Agensi Kerajaan seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan program-program di kampung-kampung bagi tujuan pendedahan pendidikan berkaitan Hal Ehwal Pengguna di Negeri Selangor. Pada tahun 2014, Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Pengguna telah bekerjasama dengan Persatuan Penasihat Pengguna-pengguna Malaysia bagi memberikan kesedaran kepenggunaan kepada pekerja-pekerja wanita di dalam sektor industri.
Jawatankuasa ini juga bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Seri Murni, Gerakan Belia Bersatu Malaysia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Dato’ Lee Kim Sai untuk bersama-sama menganjurkan program kesedaran kepenggunaan di kampung-kampung di Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak.
-
Bagaimana kerajaan boleh membantu pengguna yang sentiasa terdedah dengan tipu helah peniaga?
Pengguna yang sentiasa terdedah dengan tipu helah peniaga boleh membuat laporan kepada pihak KPDNKK melalui Talian aduan Pengguna dan juga melalui Talian Online untuk memastikan pihak peniaga yang tidak bertanggungjawab akan dikenakan tindakan sewajarnya. Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan KPDNKK di dalam memberikan kesedaran berkaitan kepenggunaan kepada masyarakat melalui risalah. Di dalam program-program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri, terdapat slot-slot yang memberi pendedahan kepada pengguna untuk membuat penilaian dan perbezaan terhadap barang-barang tiruan, perbandingan harga barang serta pemakaian logo-logo halal yang diiktiraf oleh JAKIM / JAIS dan MAIS di setiap barangan di pasaran.