Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

290) PINJAMAN PELAJARAN KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Ng Sze Han

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pinjaman (RM) yang telah diluluskan oleh kerajaan bagi program ini setakat 2014?

    RM162,275,424.18

  2. Berapakah jumlah bayaran balik (RM) yang telah dikutip sejak program ini dilancarkan?

    RM64,889,168.84

  3. Apakah usaha yang diambil untuk menuntut bayaran balik?

    Usaha yang diambil adalah dengan menubuhkan Unit Task Force sebagai tambahan kepada Unit Penguatkuasaan sedia ada. Unit Task Force dan Unit Penguatkuasaan telah melaksanakan langkah-langkah berikut:

    • Surat Berdaftar;
    • Surat Peringatan Pertama;
    • Surat Peringatan Kedua;
    • Notis Tanpa Prejudis; dan
    • Notis Penyenaraian Hitam (RAMCI).

    – paparan maklumat peminjam dan penjamin di institusi kewangan

    1. Panggilan Telefon/Pesanan Ringkas;
    • Semakan maklumat peminjam melalui senarai perjawatan kakitangan awam yang berkhidmat di Negeri Selangor (pinjaman kepada anak-anak kakitangan);
    • Semakan maklumat peminjam melalui aplikasi Human Resource Management Information System (HRMIS); dan
    • Semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

     

Lampiran

Tiada Lampiran.