Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

289) PENULARAN WABAK DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah punca-punca yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes denggi di Selangor?

    Antara punca-punca yang telah dikenal pasti sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan kes denggi di Selangor adalah seperti berikut:-

    • Kepadatan penduduk
    • Pergerakan populasi yang tingg (highly mobile population)
    • Pembuangan sampah haram di tanah lapang
    • Sikap masyarakat yang gemar membuang sampah marata-rata
    • Apartment / pangsapuri yang tiada JMB efektif
    • Tapak Binaan
    • Kecacatan bangunan (structural defects)
    • Penduduk sementara (transient population) seperti penuntut IPT
    • Rumah kosong
    • Kawasan tanah lot / kampung yang tiada jadual pengumpulan sampah yang baik
  2. Apakah tindakan drastik yang telah dilaksanakan bagi mengatasi penularan wabak denggi di negeri Selangor dan apakah jaminan keberkesanannya bagi memastikan tidak berulang

    Tindakan drastik yang telah di ambil oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam mengatasi penularan wabak denggi adalah seperti berikut:-

    1. Melancarkan Program Terjah dan Musnah Aedes Peringkat Daerah Petaling. Program ini memberi fokus kepada pembersihan tempat pembiakan nyamuk aedes, pembersihan kawasan hotspot denggi, pembersihan pangsapuri kos rendah, pembersihan tapak binaan, pembersihan longkang, taman awam dan taman

     

    1. Pembentukkan Task Force Denggi diperingkat PBT yang melibatkan pelbagai Jabatan berkaitan di PBT mengerakkan aktiviti kawalan Denggi yang lebih

    Keberkesanan Program ini dapat dilihat melalui statistik kes denggi mingguan yang semakin menurun setelah program ini di jalankan pada 7 Februari 2015 khususnya di daerah Petaling.

     

      31

    Dis 14

    10-

    Jan

    -15

    31-

    Jan-

    14

    7-

    Feb

    -15

    14-

    Feb-

    15

    21-

    Feb-

    15

    28-

    Feb-

    15

    7-

    Mar-

    15

    14-

    Mar-

    15

    21-

    Mar-

    15

     

    Petaling

     

    751

     

    657

     

    1025

     

    955

     

    917

     

    883

     

    736

     

    778

     

    599

     

    547

     

Lampiran

Tiada Lampiran.