Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

282) PENGHAPUSAN DENGGI

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kerjasama daripada Kementerian Kesihatan telah diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk memerangi denggi?

    1. Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pihak Kementerian Kesihatan sentiasa memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor di dalam memerangi isu denggi di dengan menjalankan perkara-perkara berikut:-

     

    • Pembahagian kerja kawalan Denggi sepert Pemeriksaan jentik- jentik dari rumah ke rumah dan fogging
    • Melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan denggi secara bersama dan bersepadu,
    • Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Wabak Daerah diadakan setiap minggu dan dipengerusikan oleh Pegawai
    • Menjalankan siasatan kes denggi secara bersepadu di Bilik Gerakan Demam Denggi Daerah
    • Mewujudkan Jawatankuasa Kawalan Wabak Denggi Daerah yang di selaraskan oleh Pejabat Kesihatan Daerah
    • Kementerian Kesihatan sedang mencuba kaedah baru dengan menjalankan semburan ORS ( Outdoor Residual Spray ) yang mengunakan bahan kimia delta Metrine.
  2. Adakah Kerajaan Negeri melakukan semburan kabus (fogging) apabila kejadian kes denggi dilaporkan dalam tempoh 24 iam dan diulangi selepas 7- 10 hari. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya

    Tidak, berdasarkan Pelan Tindakan KKM yang terkini (2014), semburan kabus (fogging) akan dilakukan sekali apabila kes Denggi dilaporkan. Fokus utama adalah aktiviti penghapusan tempat pembiakan ( PTP) ”Source reduction” dan penilaian risiko ( “Risk Assessment” ) untuk memastikan punca pembiakan /punca jangkitan dihapuskan. Semburan ulangan akan dilakukan berdasarkan kejadian kes di lokaliti tersebut.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.