Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
260) PENYELENGGARAAN KOLAM TADAHAN BANJIR JPS KG BUDIMAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah spesifikasi kolam, adakah rumput yang tumbuh tinggi di dalamnya sebahagian spesifikasi?
Spesifikasi kolam takungan perlu mempunyai kedalaman sebanyak 2 meter dan rekabentukkolam perlu berkeupayaan untuk menakung air pada Q50. Rumput yang tumbuh tinggi tidak termasuk di dalam spesifikasi kolam.
-
Berapa kali penyelenggaraan setahun?
Kerja-kerja penyelenggaraan kolam tadahan banjir JPS di Kampung Budiman dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali setahun.
-
Adakah rekod kajian semasa dibuat, aras ketinggian pintu air dan tebing menyebabkan banjir di jalan Hamzah?
Untuk makluman, kejadian banjir di Jalan Hamzah adalah disebabkan oleh halangan-halangan seperti jambatan, crossing dan bangunan yang didirikan di dalam badan air dan menghalang aliran air. Masalah parit sebu dan cetek di Jalan Hamzah juga merupakan salah satu punca mengakibatkan air bertakung dan melimpah.
Namun bagi menyelesaikan masalah banjir di DunMeru, Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor sedang melaksanakan projek menaiktaraf sistem saliran Sg Binjai di persiaran Hamzah Alang sepanjang 6.9 KM. Juruperunding telah dilantik bagi menyediakan Kajian Pelan Induk Bandar Klang seterusnya Kajian Rekabentuk Terperinci Menaiktaraf Sistem Saliran Sg Binjai di Persiaran Hamzah Alang, Meru Daerah Klang. Kajian ini telah mengambil kira rekod pasang surut air laut di Pintu Air Sg Kapar Besar dan juga rekod ketinggian banjir di sepanjang Sg. Binjai semasa penyediaan rekabentuk hidrologi dan hidraulik Sg. Binjai.
Maklumat Tambahan:
Kerja-kerja yang sedang dilaksanakan adalah ‘Kerja-kerja menaiktaraf Sistem Saliran Di Kawasan Persiaran Hamzah Alang, Daerah Klang, Selangor Darul Ehsan’ dengankos projek adalah RM 10,815,000.00