Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
258) KEMUDAHAN KESIHATAN
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan kemudahan kesihatan yang disediakan kerajaan negeri kepada rakyat di Selangor?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, penyediaan kemudahan kesihatan kepada rakyat merupakan tanggungjawab Kerajaan Pusat. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri Selangor mengambil inisatif bagi menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat Negeri
Antara program yang di jalankan oleh Kerajaan Negeri adalah Bantuan Sihat Selangor yang menyediakan jenis bantuan seperti berikut: –
- Dialisis Buah Pinggang : RM 5,000.00 diberikan secara ‘one-off’
- Katarak Mata : bantuan tidak melebihi RM 1,200.00
- Pembedahan Kecil : bantuan tidak melebihi RM 5,000.00
- Lain-lain rawatan : bantuan tidak melebihi RM 5,000.00
Tambahan daripada itu, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Kesihatan telah membelanjakan sebanyak RM607,238.00 daripada RM800,000.00 bagi tahun 2014 jumlah yang peruntukan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti dan program pembangunan kesihatan di Negeri Selangor.
-
Sejauh manakah kejayaan kemudahan kesihatan ini dan nyatakan kejayaan tersebut?
Bagi melihat kejayaan kemudahan kesihatan ini, Bantuan Sihat Selangor telah memberi manfaat kepada 366 penerima bantuan pada tahun 2014 mengikut pecahan seperti di bawah:-
JENIS BANTUAN BILANGAN PENERIMA DIALISIS 244 KATARAK MATA 27 PEMBEDAHAN KECIL 35 LAIN LAIN BANTUAN 60 JUMLAH 366