Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
256) PERUNTUKAN AHLI DEWAN NEGERI PEMBANGKANG
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri telah memberikan peruntukan sebanyak RM200,000 kepada setiap Ahli Dewan Negeri Pembangkang di Selangor? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya?
Pada Disember 2014, Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan Negeri Selangor 2015 dengan bertemakan ‘Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli’. Selaras dengan tema tersebut, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan Ahli Dewan Negeri (ADN) di Negeri Selangor bagi tahun 2015 berjumlah RM41,600,000.00 bagi tujuan pelaksanaan projek kecil dan program mesra
Daripada jumlah tersebut, Kerajaan Negeri buat pertama kalinya telah meluluskan sejumlah RM2,400,000.00 iaitu RM200,000.00 kepada setiap 12 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan di Negeri Selangor untuk digunakan bagi tujuan yang sama. Kesemua peruntukan tersebut telah diperuntukkan di bawah Vot Menteri Besar dan SUK -P01/01001 – Perkhidmatan Masyarakat.
Peruntukan tersebut telah disalurkan kepada semua Pejabat Daerah pada bulan Januari 2015 dan penggunaan peruntukan tersebut adalah tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor Bilangan 1 Tahun 2015.
-
Nyatakan status penggunaan peruntukan RM200,000 Ahli Dewan Negeri Pembangkang di Selangor
Sehingga 28 Februari 2015, peruntukan berjumlah RM2,400,000.00 yang telah disediakan kepada 12 Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan, masih belum digunakanoleh mana-mana Ahli Dewan Negeri Bukan Kerajaan