Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

251) SKIM MIKROKREDIT WANITA LADANG (WALA)

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini perlaksanaan Skim WALA?

    Program Wanita Ladang (WALA) Selangor telah memulakan operasi pada 2012 dan melalui proses penambahbaikan dari masa ke semasa. Walau bagaimanapun pada Ogos 2014, program ini ditangguhkan bagi memberi ruang kepada kerajaan untuk mengkaji semula kaedah perlaksanaan supaya lebih efisien dan efektif di samping memastikan objektif perlaksanaan program tercapai. Ini juga merupakan lanjutan dari maklumbalas oleh Jawatankuasa Pembasmian Kemiskinan yang dipengerusikan oleh YB Hulu Kelang menjustifikasikan program WALA Selangor sebagai gagal mencapai objektif. Ini kerana program ini dilihat gagal untuk mengupayakan peserta supaya berdikari dan tidak hanya mengharapkan elaun kehadiran semata-mata. Sedangkan objektif awal perlaksanaan adalah untuk mengupayakan wanita di ladang. Sepanjang perlaksanaan program seramai 649 orang yang mewakili 23 ladang di negeri Selangor berjaya menyertai program ini. Setiap peserta akan dilibatkan di dalam bengkel dan latihan kemahiran bagi mempersiapkan mereka untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga. Sepanjang penglibatan di dalam program berbentuk bengkel dan latihan kemahiran, para peserta akan menerima elaun kehadiran. Kerajaan negeri melalui agensi bertanggungjawab akan menggerakkan semula program ini di mana tidak terhad kepada golongan wanita di ladang malah akan dikembangkan lagi kepada golongan OKU, ibu tunggaldan lain-lain golongan dalam usaha kerajaan untuk mengupayakan golongan-golongan tersebut.

     

  2. Sila beri statistik perlaksanaan dan kejayaan program ini, termasuk bilangan peserta mengikut ladang, daerah, jumlah dana yang diagihkan dan kejayaan individu yang menerima dana

    SENARAI LADANG DAN JUMLAH PESERTA YANG TELAH MENGIKUTI PROGRAM WALA SELANGOR

     

    BIL

     

    DAERAH

     

    NAMA LADANG

    JUMLAH PESERTA (PERMULAAN) JUMLAH PESERTA

    (TERKINI)

    JUMLAH UPAH

    /PEMBIAYAAN

    1 GOMBAK BUKIT LAGONG 15 12 RM 18,880.00
    2 KELANG GOLCONDA 27 0 RM 5,220.00
     

     

    3

     

     

    KUALA LANGAT

    KELANG 10 0 RM 3,220.00
    PULAU CAREY GRP1 71 30 RM 27,940.00
    PULAU CAREY GRP2 RM 19,810.00
    PULAU CAREY MILL 28 28 RM 15,890.00
     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    5

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    KUALA SELANGOR

    ELMINA 16 15 RM 22,440.00
    BUKIT CERAKAH A  

    61

     

    58

    RM 39,550.00
    BUKIT CERAKAH B RM 12,390.00
    BUKIT CERAKAH C RM 14,840.00
    BUKIT IJOK 8 0  
    MANMOUTH 23 19 RM 30,890.00
    TENAMARAN 1 33 30 RM 29,290.00
    SUNGAI BULOH 26 20 RM 29,400.00
    BUKIT KLOH 15 0 RM 1,130.00
    RASA MUSA PAGI 56 61 RM 61,530.00
    RASA MUSA PTG RM 35,790.00
    SUNGAI TERAP 60 26 RM 32,600.00
    KAMASAN A 27 23 RM 35,550.00
    KAMASAN B RM 5,290.00
    SELANGOR RIVER 21 23 RM 36,800.00
    SHALIMAR 14 16 RM 24,550.00
    BESTARI JAYA A  

    66

     

    65

    RM 27,120.00
    BESTARI JAYA B RM 29,100.00
    BESTARI JAYA C RM 24,190.00
    TELOK PIAH 27 27 RM 6,800.00
    TENAMARAN 2 20 20 RM 8,660.00
    6 PETALING BUKIT DARAH 19 0  
    SUBANG 12 13 RM 18,750.00
    23 SEPANG BUKIT GADONG 14 32 RM 38,360.00
    24 ULU SELANGOR KERLING 8 13 RM 15,560.00

    JUMLAH                                                        677                             531               RM 671,540.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.