Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

249) ISU KEBAJIKAN MASYARAKAT BUKAN MUSLIM DI SELANGOR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Mengapakah kerajaan tidak mewujudkan satu rangkaian kebajikan sosial (social safety network) yang lebih menyeluruh dan menyerupai LZS untuk masyarakat bukan Muslim memandangkan bantuan am sebanyak RM300 daripada JKM adalah sangat tidak mencukupi untuk menampung kehidupan harian

    Asas penubuhan institusi zakat seperti Lembaga Zakat Selangor adalah atas asas melaksanakan tuntutan beragama di dalam Islam dan bukannya manifestasi program kebajikan yang dicetuskan oleh Kerajaan Negeri. Atas asas itulah maka Lembaga Zakat Selangor (LZS) diletakkan di bawah pengendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan bukannya di bawah pengendalian Standco Kebajikan. Dana Lembaga Zakat Selangor adalahdiperolehi daripada pembayar-pembayar zakat dan bukannya daripada peruntukan Kerajaan Negeri.

    Sehubungan dengan itu, adalah lebih tepat sekiranya gagasanmewujudkan institusi sosial seumpama LZS kepada masyarakat bukan Islam didokongi oleh institusi dan NGO berkaitan agama bukan Muslim.

    Kerajaan Negeri melaluiJawatankuasa Tetap Kebajikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor telah berusaha melaksanakan agenda kebajikan yang sebaiknya untuk rakyat Selangor yang merentasi agama dan kaum. Bantuan diberi kepada semua yang layak berasaskan kriteria yang telah ditetapkan secara adil dan saksama kepada semua rakyat Negeri Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.