Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

227) KUARTERS PEGAWAI DAN KAKITANGAN, JALAN PEGAWAI SUNGAI BESAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status fizikal kuarters ini?

    Status fizikal keseluruhan kuarters adalah baik dan sentiasa di bawah selenggaraan Bahagian Pembangunan, Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam

  2. Apakah syarat-syarat kelayakan menduduki oleh pegawai dan kakitangan?

    Syarat-syarat kelayakan menduduki kuarters adalah seperti berikut :-

    • Pegawai atau kakitangan kerajaan yang mempunyai elaun ITP (Imbuhan Tetap Perumahan)
    • tidak mempunyai rumah persendirian di dalam kawasan radius 25 kilometer tempat bekerja dengan menggunakan pinjaman
    • keutamaan kepada pegawai dan kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam (PDTSB). Sekiranya tiada permohonan daripada kakitangan PDTSB, permohonan daripada Jabatan lain akan dipertimbangkan.
    • Keutamaan kepada pegawai dan kakitangan yang berkahwin.
    • Kelayakan kuarters mengikut gred jawatan pegawai dan kakitangan yang memohon.

     

Lampiran

Tiada Lampiran.