Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

205) ANJING LIAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. PBT membuat tangkapan dan kemanakah haiwan-haiwan ini dibawa dan apakah langkah seterusnya?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, PBT Negeri Selangor akan membawa haiwan yang di tangkap ke pusat tahanan haiwan atau ke tempat kurungan swasta di PAWS Animal Welfare Society, dan akan disimpan selama beberapa hari bergantung sama ada haiwan tersebut bertuan atau haiwan terbiar. Sekiranya tiada sebarang tuntutan di buat, haiwan tersebut akan dilupuskan (put to sleep).

  2. Apakah rancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini?

    Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil pelbagai langkah yang komprehensif bagi mengatasi isu anjing Kerajaan Negeri juga akan mengunapakai Tatacara Operasi Piawaian penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar,  Perumahan  dan   Kerajaan   Tempatan (KPKT) melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT). Antara langkah yang telah diambil adalah seperti di berikut :-

    • Menjalankan operasi tangkapan anjing terbiar di lokasi-lokasi yang diadukan dan kawasan sekitar dengan penggunaan umpan dan perangkap, sumpitan pelali,
    • Melantik kontraktor bagi penangkapan anjing
    • Menubuhkan pasukan kawalan anjing
    • Melaksanakan program KEMBIRI melalui sistem pelesenan anjing seperti yang di jalankan oleh MPS
    • Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan pelesenan
    • Menguatkuasakan program pemandulan dalam sistem pelesenan

    Sehubungan itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT telah menetapkan sasaran yang jelas dalam mengatasi masalah pembiakan anjing liar di Negeri Selangor iaitu untuk mengurangkan populasi anjing liar dengan melaksanakan kerja-kerja kawalan secara berterusan serta menguatkuasakan undang-undang.

  3. Di daerah manakah masalah anjing liar ini paling menular?

    Kerajaan Negeri mendapati bahawa, kawasan pentadbiran Klang mempunyai bilangan anjing liar yang tertinggi ini adalah berdasarkan bilangan tangkapan yang dijalankan pada tahun 2014 dan 2015 sehingga bulan Mac

    Tangkapan PBT 2014 2015
    MBPJ 817 140
    MBSA 1061 212
    MPS 697 383
    MPSJ 697 142
    MPK 3,661 916
    MPAJ 1,471 171
    MPKJ 2,585 25
    MPSP 817 104
    MDKL 884 17
    MDKS 330 39
    MDHS 1,436 174
    MDSB 373 217
    JUMLAH 14,829 2540

Lampiran

Tiada Lampiran.