Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

203) PROGRAM PERTANIAN BANDAR

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Di manakah kawasan-kawasan yang dicadangkan untuk melaksanakan program pertanian bandar oleh MBSA?

    Kawasan MBSA yang dibangunkan bagi program pertanian bandar ialah di Seksyen 8, Denai Alam dan Seksyen 4 melalui kerjasama MBSA dengan Jabatan Pertanian.

  2. Adakah kerajaan negeri berhasrat untuk melaksanakan di kawasan PBT yang lain?

    Kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian berhasrat memperluaskan program ini dan memperuntukkan sebanyak RM 875,000 bagi tahun 2015 untuk program pertanian bandar bagi semua daerah dan PBT.

Lampiran

Tiada Lampiran.