Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

188) PROMOSI HASIL PERTANIAN

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan dan peranan Kerajaan Negeri untuk memajukan sektor pertanian ?

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar sentiasa berusaha untuk memajukan sektor pertanian dan mensasarkan peningkatan kadar sumbangan sektor ini daripada 1.6% kepada 2.5% bagi KDNK Selangor. Ini dapat dilihat dengan menyediakan peruntukan yang secukupnya bagi memajukan sektor pertanian dengan peruntukan sejumlah RM 7 juta bagi RMKe-10. Ini termasuk pembangunan TKPM, pembangunan tanaman makanan, pembangunan tanaman industri, pembangunan tanah terbiar, pembangunan industri bunga, pemulihan tanah bermasalah, pembangunan tanaman herba dan program pertanian bandar.

  2. Apakah galakan diberikan kepada para petani untuk mempelbagaikan tanaman untuk menambahkan hasil pendapatan?

    Pelbagai galakan dalam bentuk bantuan disediakan untuk mempelbagaikan tanaman dan meningkatkan pendapatan. Ini termasuklah pembangunan tanaman herba dengan insentif maksimum RM 10,000 sehektar, pembangunan tanaman industri (kelapa) dengan insentif maksimum RM 15,000 sehektar, pembangunan projek madu lebah atau kelulut dengan insentif maksimum RM 10,000 bagi setiap peserta, pembangunan tanaman cendawan dengan insentif maksimum RM 10,000 bagi setiap peserta dan geran bagi industri asas tani dengan insentif maksimum RM 10,000 bagi setiap peserta.

  3. Mengapakah Bazar Darul Ehsan di Kanchong Darat belum operasi sampai hari ini?

    Bukan di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian.

Lampiran

Tiada Lampiran.