Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

184) PERUNTUKKAN MARRIS

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah wang MARRIS yang telah dibelanja oleh agensi-agensi pelaksana untuk tahun 2015?

    Sebagai makluman, Kerajaan Negeri telah meluluskan sebanyak RM 600 juta sebagai siling peruntukan MARRIS pada tahun 2015. Peruntukan ini disalurkan kepada agensi-agensi yang telah ditetapkan iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Daerah / Tanah (PDT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Sebagai rekod, penyaluran peruntukan MARRIS kepada agensi pelaksana masih lagi dilaksana menggunapakai modus operandi yang sama iaitu penyaluran berdasarkan nilai perolehan sebenar yang dinyatakan pada Surat Setuju Terima (SST).

    Setakat 18 Mac 2015, sejumlah RM 3,577,790.00 telah dibelanjakan kepada dua (2) agensi yang telah selesai melaksanakan proses perolehan iaitu Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) dan Pejabat Daerah / Tanah Gombak.

     

  2. Apakah peratus perbelanjaan tersebut?

    Peratus perbelanjaan tersebut mengikut agensi pelaksana adalah seperti berikut:-

    PERBELANJAAN MENGIKUT JABATAN / AGENSI (RM)  

    JUMLAH (RM)

     

    Perkara

     

    PBT

     

    JKR

     

    JPS

     

    PDT

    Siling 437,500,000.00 156,000,000.00 2,000,000.00 4,500,000.00 600,000,000.00
     

    Belanja

    3,172,912.50

    (Nota 1)

     

    0.00

     

    0.00

    404,877.50

    (Nota 2)

     

    3,577,790.00

    Peratus (%)  

    0.73%

     

    0%

     

    0%

     

    9.0%

     

    0.59%

    Nota :

    1. Tuntutan oleh Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL)
    2. Tuntutan oleh Pejabat Daerah / Tanah
  3. Dengan kadar perkembangan ini, adakah kerajaan akan mencapai matlamat perbelanjaan MARRIS RM600 juta untuk tahun 2015?

    Sebagai makluman, prestasi perbelanjaan MARRIS setakat 18 Mac 2015 masih di tahap yang rendah kerana agensi pelaksana sedang menguruskan proses perolehan secara sebut harga dan tender di peringkat jabatan masing- masing. Kerajaan Negeri menerusi Perbendaharaan Negeri Selangor akan melaksanakan pemantauan bagi memastikan peruntukan MARRIS pada tahun 2015 dibelanjakan dengan optima mengikut siling tahunan yang telah diluluskan.

Lampiran

Tiada Lampiran.