Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
181) PEMILIKAN TANAH DI SUNGAI TEKALI
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Tanah & Sumber Alam
Adun: Y.B. Tuan Razaly Bin Hassan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah kerajaan sedar terdapat tanah seluas 149ekar di Sungai Tekali telah dipindah milik kepada pihak individu untuk projek pelancongan?
Melalui pemantauan dan siasatan dijalankan, didapati tanah yang dimaksudkan adalah berkeluasan 149 ekar dan telah dipecah bahagi kepda 1 ekar bagi setiap satu lot menjadikan baki tanah tersebut berkeluasan 103 ekar dengan mengambil kira serahan bagi maksud jalan untuk dirizabkan. Lokasi projek tersebut terletak dalam jarak perjalanan 30 minit dari jalan utama dan berada di lokasi kedudukan yang tersorok di dalam hutan dengan 2 pintu pagar menghalang untuk masuk ke tapak
Dari sudut perundangan, di bawah Seksyen 115 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965, pemilik lot tersebut boleh membina bangunan kediaman tidak lebih daripada 1/5 dari keluasan tanah tersebut. Namun daripada siasatan dijalankan, pemilik tanah berkenaan disyaki membina bangunan untuk tujuan komersial.
-
Jika ya, apakah keputusan kerajaan terhadap projek itu?
Pihak PTD Hulu Langat sedang mengambil tindakan di bawah Seksyen 125 KTN kerana melanggar syarat tanah iaitu membina bangunan untuk tujuan komersial tanpa terlebih dahulu membuat permohonan tukar syarat tanah. Kegagalan mematuhi seksyen ini boleh menyebabkan pelucutan hak milik tanah di bawah Seksyen 130 KTN 1965.
-
Adakah kerajaan mengambil kira aspek eco-system dan tanah runtuh seperti kes Highland Tower?
Projek ini perlu mendapat Kebenaran Merancang terlebih dahulu dari pihak MPKj bagi menjamin pematuhan kepada aspek keselamatan dipenuhi. Walaupun tapak tersebut di luar kawasan operasi MPKj kerana berada di tengah kawasan hutan, Pihak MPKj telah mengeluarkan notis Amaran di bawah Seksyen 70(1) Akta Jalan Parit dan Bangunan (Akta 133) pada 10 Mac 2015. Pihak MPKj akan meneruskan pemantauan dan notis-notis yang berkaitan akan diteruskan.