Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

180) PREMIUM TANAH

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Tanah & Sumber Alam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri bercadang untuk mengkaji semula kadar premium tanah yang sedia ada? Jika ya, nyatakan butir-butirnya?

    Tiada lagi cadangan daripada Kerajaan Negeri untuk mengkaji semula kadar premium tanah sedia ada. Kadar premium yang sedia ada dianggap berpatutan kerana nilai yang dikutip adalah mengikut Kaedah Tanah Selangor (KTS) 2003 (Pindaan 2005) berdasarkan kepada nilaian tanah semasa oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

  2. Nyatakan premium tanah yang dikutip mengikut daerah pada tahun 2013 dan 2014.

    Jumlah kutipan premium tanah bagi pelupusan secara pemberimilikan tanah di bawah Seksyen 76 KTN mengikut daerah semenjak tahun 2013 hingga 2014 adalah seperti di Lampiran A.

    RAN A

    Jumlah Kutipan Premium Mengikut Daerah Bagi Pelupusan Secara Pemberimilikan Tanah Kerajaan Di Bawah Seksyen 76 Kanun Tanah Negara Bagi Tahun 2013 dan 2014

     

    BIL

     

    DAERAH

    2013 (RM) 2014 (RM)
    1. Hulu Selangor 83,731,823.00 31,014,623.10
    2. Kuala Selangor 2,033,324.70 2,829,867.00
    3. Klang 3,011,880.10 3,004,344.20
    4. Sepang 20,750,731.30 7,635,019.00
    5. Gombak 111,399,846.35 97,074,429.07
    6. Petaling 48,344,197.09 35,905,221.24
    7. Kuala Langat 1,740,156.60 7,525,969.00
    8. Sabak Bernam 1,191,529.00 1,884,251.00
    9. Hulu Langat 5,742,814.00 3,639,816.20
     

    JUMLAH (RM)

     

    277,946,302.14

     

    190,513,539.81

    Sumber : PDT

     

Lampiran

Tiada Lampiran.