Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
176) WIFI SELANGORKU
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Tien Chee
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan sebab perkhidmatan Tetuan Extol Corporation S/B ditamatkan
Kontrak perkhidmatan syarikat Extol Corporation Perkhidmatan yang mengendalikan WiFi Selangorku ditamatkan berdasarkan tempoh perjanjiannya yang tamat pada 31 Mac 2015.
-
Nyatakan perancangan Kerajaan dan status terkini perlaksanaan Wifi Selangorku supaya menepati sasaran seperti yang telah dibentangkan pada sidang Belanjawan 2015
Kerajaan Negeri melalui Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) sedang mengenalpasti lokasi-lokasi yang strategik bagi pelaksanaan 2,500 lokasi hotspot wifi seperti yang dibentangkan pada sidang Belanjawan 2015. Status pada masa ini masih di peringkat permulaan, di mana 300 lokasi hotspot wifi akan dilaksanakan di Pentadbiran Pejabat dan Penyelaras DUN, Pentadbiran Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Selangor serta Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bermula 1 April 2015.