Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015

175) JOM SHOPPING

Tahun: 2015

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Rosni Binti Sohar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini program Jom Shopping?

    Program pemberian bantuan sempena perayaan merupakan di antara program bantuan secara tahunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun 2012 melalui Jawatankuasa Tetap Kemiskinan khusus untuk golongan berpendapatan rendah di negeri Selangor. Objektif program ini adalah untuk meringankan bebanan keluarga yang berpendapatan rendah dalam membuat persiapan menyambut perayaan. Ini secara tidak langsung membantu melaksanakan agenda Kerajaan Negeri dalam meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos taraf hidup. Program ini dilaksanakan menjelang perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali. Untuk pelaksanaan program, setiap Pejabat DUN akan mengenalpasti penerima- penerima bantuan yang layak mengikut jumlah yang telah ditetapkan bagi setiap DUN dan kriteria pemilihan penerima bantuan yang ditetapkan. Setelah itu, Pejabat DUN perlu mendaftarkan maklumat bagi penerima bantuan yang layak ke dalam sistem Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

    Bagi tahun 2015, Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Tahun Baru Cina 2015 telah dilaksanakan pada 1 Februari 2015 hingga 27 Februari 2015 yang lalu. Jawatankuasa Tetap Kemiskinan kini sedang dalam proses pemuktamadan Kertas MMKN untuk dibentang di dalam MMKN akan datang sebagai persediaan untuk Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2015 dan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan Deepavali Tahun 2015.

  2. Nyatakan jumlah penerima skim ini mengikut DUN pada tahun 2014?

    Berdasarkan rekod, jumlah penerima bantuan Program Pemberian Bantuan Bersempena Perayaan di bawah Jawatankuasa Tetap Kemiskinan pada tahun 2014 adalah seramai 67,300 orang. Statistik jumlah penerima bantuan mengikut DUN pada tahun 2014 adalah seperti di JADUAL 6.

    JADUAL 6

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN MENGIKUT DUN BAGI PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN SECARA BAUCER BERSEMPENA PERAYAAN

    DI BAWAH JAWATANKUASA TETAP KEMISKINAN TAHUN 2014

     

     

    BIL.

     

     

    DUN

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN (ORANG)
    TAHUN BARU CINA 2014 HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014 DEEPAVALI

     

    TAHUN 2014

    1. Sungai Air Tawar 400 500 300
    2. Sabak 400 500 300
    3. Sungai Panjang 400 500 300
    4. Sekinchan 400 400 300
    5. Hulu Bernam 400 500 300
    6. Kuala Kubu Bharu 400 400 300
    7. Batang Kali 400 500 300
    8. Sungai Burong 400 500 300
    9. Permatang 400 500 300
    10. Bukit Melawati 400 400 300
    11. Ijok 400 400 300
    12. Jeram 400 500 300
    13. Kuang 400 500 300
    14. Rawang 400 400 300
    15. Taman Templer 400 500 300
    16. Batu Caves 400 500 300
    17. Gombak Setia 400 600 300
    18. Hulu Kelang 400 600 300
    19. Bukit Antarabangsa 400 500 300
    20. Lembah Jaya 400 500 300
    21. Chempaka 400 500 300
    22. Teratai 400 500 300
    23. Dusun Tua 400 500 300
    24. Semenyih 400 500 300
    25. Kajang 400 500 300
    26. Bangi 400 600 300
    27. Balakong 400 500 300
    28. Seri Kembangan 400 400 300
    29. Seri Serdang 400 600 500
    30. Kinrara 400 400 300
    31. Subang Jaya 400 500 300

     

     

     

    BIL.

     

     

    DUN

    JUMLAH PENERIMA BANTUAN (ORANG)
    TAHUN BARU CINA 2014 HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 2014 DEEPAVALI

     

    TAHUN 2014

    32. Seri Setia 400 500 500
    33. Taman Medan 400 500 300
    34. Bukit Gasing 400 400 300
    35. Kampung Tunku 400 400 300
    36. Damansara Utama 400 400 300
    37. Bukit Lanjan 400 500 300
    38. Paya Jaras 400 500 300
    39. Kota Damansara 400 500 300
    40. Kota Anggerik 400 600 300
    41. Batu Tiga 400 600 300
    42. Meru 400 500 300
    43. Sementa 400 500 300
    44. Sungai Pinang 400 500 300
    45. Selat Klang 400 500 300
    46. Pelabuhan Klang 400 500 300
    47. Pandamaran 400 400 300
    48. Kota Alam Shah 400 400 300
    49. Seri Andalas 400 500 500
    50. Sri Muda 400 500 500
    51. Sijangkang 400 500 300
    52. Telok Datuk 400 400 300
    53. Morib 400 500 300
    54. Tanjung Sepat 400 500 300
    55. Dengkil 400 500 300
    56. Sungai Pelek 400 500 300
    JUMLAH KECIL (ORANG) 22,400 27,300 17,600
    JUMLAH KESELURUHAN PENERIMA                          BANTUAN (ORANG)  

    67,300

Lampiran

Tiada Lampiran.