Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
170) TABUNG AMANAH JALAN B27
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah formula untuk mengumpul dana bagi tabung ini?
Formula untuk mengumpul dana bagi tabung ini adalah berdasarkan kepada jumlah trafik yang dijana oleh setiap pembangunan daripada kawasan pemaju.
-
Adakah Kerajaan Negeri Selangor akan mendahulukan peruntukan untuk naik taraf Jalan B27 memandangkan keadaan kesesakan lalu lintas yang teruk di jalan B27?
Kerajaan Negeri akan menggunakan peruntukan P12 untuk menaiktaraf Jalan B27 ini.
-
Bilakah kerja naiktaraf Jalan B27 akan dilaksanakan menggunakan dana tabung?
Kerja Naiktaraf Jalan B27 dicadang untuk dilaksanakan menggunakan peruntukan negeri terlebih dahulu setelah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 dan tuntutan ke atas dana tabung yang diuruskan oleh Majlis Perbandaran Selayang akan dibuat setelah duit dalam dana tabung tersebut mencukupi.