Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
167) JALAN DAN LAMPU JALAN YANG ROSAK
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memperbaiki jalan rosak di Jalan Utama Bukit Changgang-Salak Tinggi?
Jalan yang dimaksudkan adalah jalan persekutuan FT 248. JKR Negeri Selangor telah memohon peruntukan sebanyak RM4.2 juta untuk melaksanakan kerja pembaikan jangka masa panjang dan sehingga kini masih menunggu kelulusan di peringkat Ibu Pejabat Walaubagaimanapun, kerja pembaikan jalan jangka pendek telah dilaksanakan secara localised sebanyak RM50 ribu.
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memperbaiki jalan rosak di Jalan Jenderam-Dengkil?
Jalan yang dimaksudkan adalah jalan persekutuan FT31. Pada tahun 2014, sebanyak RM 1 juta telah dibelanjakan untuk memperbaiki jalan tersebut.
-
Apakah tindakan kerajaan negeri untuk memperbaiki lampu jalan jenis LED yang malap dan tidak berfungsi di Jalan Jenderam-Dengkil?
Jalan yang dimaksudkan adalah jalan persekutuan FT31. Pemasangan lampu jalan tersebut adalah dari Program Teknologi Baru (Pemasangan Lampu Solar) di bawah Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia di 7 persimpangan yang melibatkan 4 hingga 6 batang tiang di setiap persimpangan disebabkan jalan tersebut tidak mempunyai bekalan dari Jenis Lampu jalan yang dipasang adalah bukan dari jenis LED tetapi dari jenis HPSV (DC supply) dimana kadaran 24W yang digunakan adalah lebih rendah dari lampu jalan biasa iaitu 250W atau 400W. Kadaran Watt yang rendah ini adalah untuk disesuaikan dengan panel solar yang dipasang. Ini menyebabkan lampu yang dipasang menjadi agak malap dan sesetengah lampu telah mengalami kerosakan.
Memandangkan kerosakan kerapkali berlaku sehingga tidak ekonomik untuk dibaiki / diselenggara, maka JKR Negeri Selangor telah menaiktaraf menggunakan lampu HPSV 250W kerana telah ada punca bekalan TNB pada 4 persimpangan sahaja. Manakala bagi lampu di 3 persimpangan yang belum dinaiktaraf, JKR Negeri Selangor telah memohon peruntukan sebanyak RM150,000.00 kepada Ibu Pejabat JKR Malaysia.