Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
158) EKONOMI HAWA
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Wanita & Keluarga
Adun: Y.B. Puan Haniza Binti Mohamed Talha
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bagaimana Kerajaan Negeri mampu melaksanakan Strategi ke-3 Belanjawan 2015 Selangor, Memberdaya Ekonomi Hawa?
Dalam melaksanakan Strategi ke 3 Belanjawan 2015 Selangor, memberdaya ekonomi hawa, Kerajaan Negeri akan memperluaskan rangkaian capaian (wifi hotspot) bagi meningkatkan peluang dan ruang wanita khususnya wanita muda dalam menceburi bidang perniagaan atas talian (Online Business). Secara tidak langsung ia memberi kemudahan wanita bekerja dari rumah.
-
Bagaimana pengumpulan data berkaitan penduduk wanita di Selangor dilakukan?
Buat masa ini, Kerajaan Negeri tidak melaksanakan pengumpulan data berkaitan penduduk wanita di Negeri Walau bagaimanapun Kerajaan Negeri merujuk kepada statistik yang dibekalkan oleh Jabatan Statistik Negara bagi tujuan tersebut. Kerajaan Negeri menyambut baik cadangan mana-mana pihak khasnya oleh institusi pengajian tinggi untuk membuat kajian dalam pengumpulan data berkaitan penduduk wanita di Negeri Selangor.