Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
157) KONSESI PERJANJIAN AIR SELANGOR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Abdul Rani Bin Osman
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Bilakah konsesi air Selangor akan selesai?
Melalui penelitian saya, terdapat beberapa soalan yang telah ditanyakan tentang perkara berkaitan penstrukturan industri bekalan air Negeri Selangor serta yang melibatkan perjanjian air yang telah ditandatangani sebelum ini. Soalan-soalan tersebut datangnya dari :
No Soalan
Nama Adun
Tajuk Soalan 1 Sekinchan Penyusunan Semula Industri Air Selangor a) Sila nyatakan apakah perkembangan terkini usaha penyusunan tersebut?
b) Sila nyatakan apakah kekangan yang dihadapi sehingga menyebabkan usaha tersebut masih enggak bisa sukses sepenuhnya?
c) Sila nyatakan apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor sekiranya usaha tersebut menemui jalan
buntu?
157 Meru Konsesi Perjanjian Air Selangor a) Bilakah konsesi air Selangor akan selesai?
b) Apakah halangan penyelesaian tersebut?
c) Apakah tindakan diambil dalam mempertahankan hak air kerajaan Selangor?
164 Kampung Tunku Penstrukturan Semula Industri Air Selangor Dengan Puncak Niaga a) Apakah perkembangan terkini penstrukturan semula industri air Selangor antara Puncak Niaga dengan Pengurusan Air
No Soalan
Nama Adun
Tajuk Soalan Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memandangkan perkara ini masih belum dimuktamadkan dan tempoh rundingan sepanjang satu tahun hampir akan tamat sekitar pertengahan tahun 2015?
Saya yakin dan percaya semua Ahli Yang Berhormat sangat berminat berkaitan isu yang melibatkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air ini.
Izinkan saya untuk menjawab bersekali semua soalan-soalan yang telah dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat seperti yang saya nyatakan tadi memandangkan semua soalan tersebut merujuk kepada perkara yang sama. Saya akan menjawab dan menerangkan perkara-perkara berikut:
- Matlamat penstrukturan semula industri perkhidmatan air
- Status Terkini Penstrukturan Industri Bekalan Air Negeri Selangor dan isu-isu yang berbangkit
- Status rundingan dengan Puncak Niaga
- Matlamat penstrukturan semula industri perkhidmatan air
- Industri Perkhidmatan Air di Negeri Selangor pada ketika ini adalah tidak dijalankan secara holistik di mana aktiviti rawatan dan agihan dikendalikan oleh operator yang berlainan. Keadaan yang tidak holistik ini telah menyumbangkan kepada pengurusan air yang tidak cekap dan kos operasi yang membebankan pengguna melalui kenaikan tarif yang
- Justeru itu, sebagai usaha untuk menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi oleh industri perkhidmatan air, Kerajaan Negeri Selangor melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) ke 21/2007 yang bersidang pada 11 Julai 2007, telah bersetuju dengan penyusunan semula Pemegang Konsesi Air Selangor di bawah satu konsortium yang akan diterajui oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).
- Objektif penstrukturan semula adalah untuk mengambil alih semua syarikat konsesi air di Negeri Selangor dan menyusun semula industri perkhidmatan air ke arah satu perkhidmatan yang holistik di bawah satu operator yang dimiliki penuh oleh Kerajaan Negeri dan di kawalselia di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (SPAN) bagi merealisasikan perkhidmatan air yang efisien, efektif, berdaya saing dan mapan untuk memenuhi ciri-ciri berikut:-
- sebuah syarikat yang dimiliki penuh ataupun di bawah kawalan Kerajaan Negeri;
- sebuah syarikat operator perkhidmatan air berlesen di bawah Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) ; dan
- sebuah syarikat yang beroperasi secara asset light dengan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada peningkatan tahap keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan berasaskan syarat lesen dan KPI yang dikawal selia oleh
- Dalam menentukan nilai yang perlu dibayar kepada syarikat konsesi air sedia ada, Kerajaan Negeri Selangor amat menitik beratkan kepentingan pengguna dan pada masa yang sama tidak merugikan mana-mana pihak. Ini adalah kerana nilai yang diputuskan akan memberi implikasi dan kesan ke atas kadar sewa pajak dan tarif air kepada
- Status rundingan penstrukturan semula industri perkhidmatan air dan isu-isu yang berbangkit
- Dalam usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan air Negeri Selangor, pada 12 September 2014, Perjanjian Utama (Master Agreement) telah ditandatangani di antara Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (“PAAB”) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (“Air Selangor”). Salah satu terma utama di dalam Perjanjian Utama tersebut adalah mengenai Condition Precedent yang mana memperuntukkan bahawa Perjanjian Pembelian Saham (SPA) di antara Air Selangor dan Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) sebagai pemegang saham utama di dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan SYABAS hendaklah ditandatangani dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh Perjanjian
-
Apakah halangan penyelesaian tersebut?
Pada 11 November 2014, anak syarikat milik penuh Kerajaan Negeri iaitu Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) telah menandatangani perjanjian pembelian saham dengan Puncak Niaga Holding Bhd (PNHB) sepertimana yang disyaratkan oleh Perjanjian Utama (Master Agreement). Pembelian saham dari PNHB ini melibatkan syarikat pemegang konsesi air iaitu SYABAS dan Puncak Niaga Sdn. Bhd. (PNSB).
-
Apakah tindakan diambil dalam mempertahan hak air kerajaan Selangor?
Pada 22 September 2014, Kerajaan Negeri dan Air Selangor telah menandatangani Perjanjian Pindahan Aset untuk memindahkan aset bekalan air yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri kepada Air Ini menunjukkan kesungguhan Kerajaan Negeri Selangor dalam memenuhi peruntukkan yang ditetapkan dalam Perjanjian Utama sebagai usaha untuk menjayakan penstrukturan semula ini
Selanjutnya, Pemegang Saham di dalam Konsortium ABASS Sdn Bhd sedang dalam proses memuktamadkan penjualan ekuiti kepada Air Selangor lanjutan dari keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (MMKN) pada 07 Januari 2015 yang telah memberikan persetujuan supaya Titisan Modal Sdn Bhd (TMSB) sebagai pemegang saham 100% di dalam Konsortium ABASS Sdn Bhd (ABASS) menjual saham kepada Air Selangor bagi tujuan memenuhi syarat terdahulu yang diperuntukkan di dalam Perjanjian Utama. Peratusan dan struktur pemegang saham sedia ada dan baru di dalam ABASS adalah seperti berikut;
Struktur sedia ada ABASS
KDEB
Struktur baru ABASS (selepas pengambilalihan dimuktamadkan
- Di dalam Perjanjian Utama dipersetujui bahawa aset-aset air bernilai sehingga RM2 bilion (“Aset Air RM2 bilion”) akan dipindah-milik kepada PAAB oleh Air Selangor untuk Air Selangor mendapatkan pembayaran tunai berjumlah RM2 bilion bagi membiayai pengambilalihan syarikat- syarikat konsesi. Antara aset air yang telah disenaraikan untuk
dipindah milik adalah LRA Sungai Semenyih, LRA Bukit Nanas, LRA Sungai Langat dan LRA SSP 1. Dalam mesyuarat yang diadakan di KETTHA pada 16 Februari 2015, dimaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah memuktamadkan bahawa aset-aset air yang terletak di kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah hak milik Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan enggan menerima pindah-milik tapak tanah kedua-dua aset air tersebut sebagai aset yang akan dipindah-milik kepada PAAB. Nilai buku kedua aset air ini berjumlah RM602.0 juta.
- Bagi tujuan menyelesaikan isu tersebut, Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju untuk menggantikan kedua aset tersebut dengan aset- aset air lain yang mempunyai nilai buku yang
- Selain dari isu pemilikan aset oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kerajaan Persekutuan melalui KETTHA telah berpendirian bahawa pemindahan hak milik aset-aset air syarikat konsesi (CCWA) yang akan dipindah milik kepada PAAB perlu dipindahkan bersama-sama hak milik tapak tanah aset-aset air
- Kerajaan Negeri Selangor berpandangan bahawa pendirian KETTHA tersebut adalah menyimpang dari semangat asal Perjanjian Utama digubal. Hasrat untuk mengasingkan hak milik aset-aset air daripada hak milik tapak tanah di mana terletaknya aset-aset air tersebut adalah berpaksikan kepada justifikasi bahawa syarikat-syarikat konsesi tidak pernah diberi hak milik tapak tanah aset-aset air tersebut oleh Kerajaan Negeri. Oleh itu, tapak tanah aset-aset syarikat konsesi air tidak termasuk di dalam senarai aset-aset syarikat konsesi yang akan dipindah milik kepada PAAB. Tambahan pula, aset-aset yang disenaraikan untuk dipindahmilik kepada PAAB yang disenaraikan di dalam Appendix 7, Perjanjian Utama hanya tertakluk kepada aset-aset air yang telah dinaiktaraf dan dimiliki oleh syarikat konsesi sedangkan tapak tanah adalah di bawah milik Kerajaan Negeri
- Pengasingan hak milik aset-aset air daripada hak milik tapak tanah aset-aset air tersebut bagi membolehkan Kerajaan Negeri menawarkan tanah-tanah tersebut sehingga nilai RM2 bilion kepada PAAB untuk menjana dana bagi membiayai pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi. Melalui kaedah ini, aset-aset air Negeri Selangor selebihnya yang bernilai RM12.9 bilion akan kekal di bawah hak milik Kerajaan Negeri melalui Air
- Jika pendirian KETTHA tersebut dipersetujui, ianya bermakna kesemua pemindahan-milik aset-aset syarikat konsesi kepada PAAB mesti sertakan bersama pemindahan-milik tapak tanah di mana terletaknya aset-aset Kerajaan Negeri Selangor tidak lagi menjadi pemilik ke atas tanah-tanah tersebut selama 45 tahun. Di samping itu juga, KETTHA enggan menerima pemindahan-milik hanya bahagian– bahagian aset air yang telah dipulihkan dan ditingkatkan oleh syarikat- syarikat konsesi, sepertimana yang disenaraikan di dalam Perjanjian Utama di bawah senarai aset-aset syarikat konsesi, sebaliknya meletakkan syarat supaya keseluruhan aset-aset air bersama – sama hak milik tapak tanah aset-aset tersebut dipindah-milik kepada PAAB. Sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan inginkan hak milik keseluruhan loji rawatan air bersama-sama hak milik tapak tanah loji tersebut, walaupun hanya sebahagian loji ini adalah hak milik syarikat konsesi, iaitu bahagian yang telah dipulihkan dan ditingkatkan oleh syarikat konsesi.
- Jika syarat dan pendirian Kerajaan Persekutuan dipersetujui, kesemua aset-aset air Negeri Selangor bernilai RM14.9 bilion perlu dipindahkan kepada PAAB untuk menyelesaikan liabiliti syarikat-syarikat konsesi dan nilai aset-aset air Negeri Selangor yang boleh ditawarkan kepada PAAB tidak mencukupi untuk menjana dana RM2 bilion bagi membiayai pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi oleh Air
- Kerajaan Negeri Selangor berpendirian bahawa Perjanjian Utama yang telah dirunding dan dipersetujui pada September tahun lalu adalah berdasarkan prinsip dan semangat “commercial agreement” untuk mengasingkan tanah dan aset air syarikat konsesi. Ini ialah berdasarkan hujah-hujah yang berikut:
- Syarikat konsesi tidak memiliki apa-apa tanah di dalam buku Syarikat konsesi hanya menaik taraf aset air di atas tanah milik Kerajaan Negeri.
- Nilai aset air dan tanah milik Kerajaan Negeri adalah jauh lebih tinggi dari aset air yang telah di naik taraf oleh syarikat konsesi. Umpamanya, anggaran Kerajaan Negeri ialah hanya lebih kurang 1,000 kilometer paip air telah di baik pulih oleh syarikat konsesi berbanding jumlah 26,000 kilometer paip milik Kerajaan Negeri.
- Termasuk di dalam bond syarikat konsesi ialah amaun yang tidak di belanjakan oleh syarikat konsesi untuk apa-apa aset Umpamanya, ada syarikat konsesi yang menggunakan bond air untuk pembayaran hutang tertunggak bekalan air. Untuk melaksanakan pengambilalihan bond tersebut oleh PAAB, suatu “commercial agreement” perlu dicapai untuk pengambilalihan bond dan penyewaan balik kepada Air Selangor sebagai suatu “contractual lease”.
- Syarikat-syarikat konsesi air tidak pernah diberi hak milik tapak tanah aset-aset air tersebut oleh Kerajaan Negeri Selangor. Oleh itu, tapak tanah aset syarikat konsesi air tidak termasuk di dalam senarai aset- aset syarikat konsesi yang akan dipindahkan kepada
- Dari awal perbincangan lagi telah dipersetujui aset syarikat-syarikat konsesi yang akan dipindah milik kepada PAAB adalah meliputi aset- aset yang telah di naik taraf (upgraded asset) oleh Syarikat Konsesi dan tidak melibatkan soal pindah milikan tanah. Perkara ini telah dipersetujui semasa dalam rundingan sebelum Perjanjian Utama dimuktamadkan.
- Pendirian Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kesemua pemindahan aset-aset syarikat konsesi kepada PAAB beserta pemindahan milik tapak tanah menjurus kepada keadaan bahawa Kerajaan Negeri Selangor perlu menyerahkan kedaulatan ke atas tanah-tanah milik Negeri Selangor selama 45 tahun kepada Kerajaan Persekutuan melalui
- Keengganan Kerajaan Persekutuan menerima pemindahan milik hanya bahagian-bahagian aset air yang telah dipulihkan dan ditingkatkan oleh syarikat konsesi seperti mana yang telah disenaraikan di dalam Perjanjian Utama sebaliknya meletakkan syarat supaya keseluruhan aset-aset bersama pemilikan tanah dipindahkan kepada PAAB menunjukkan bahawa Kerajaan Persekutuan inginkan hak milik keseluruhan loji rawatan air yang terlibat beserta tapak tanah walaupun hanya sebahagian sahaja dari aset tersebut menjadi hak milik syarikat konsesi.
Perbincangan dan perundingan selanjutnya mengenai perkara-perkara yang dihuraikan di atas akan berterusan sedangkan tarikh akhir untuk memenuhi CPs bagi Perjanjian Utama adalah pada 9 Mac 2015. Di dalam Perjanjian Utama telah diperuntukkan mengenai tempoh bagi semua pihak kepada Perjanjian untuk memenuhi CPs iaitu 60 hari selepas Perjanjian Utama ditandatangani atau tarikh lain yang dipersetujui bersama oleh semua pihak dalam Perjanjian. Perjanjian Utama ditandatangani pada 12 September 2014 di mana tempoh untuk memenuhi CPs adalah pada 12 November 2014. Pihak-pihak kepad
Perjanjian Utama telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh memenuhi CPs sebanyak dua kali, pada 09 Februari 2015 dan yang terakhirnya pada 09 Mac 2015.
- Pendirian Kerajaan Persekutuan mengenai pemindahan aset-aset ini turut mempengaruhi keperluan mendapatkan Lesen Kemudahan dan Lesen Perkhidmatan oleh Air Selangor. Kerajaan Negeri Selangor maklum bahawa di bawah Akta 655 diperuntukkan mengenai kehendak bagi Lesen Individu. Di bawah lesen individu ini terdapat beberapa kategori lesen antaranya Lesen Kemudahan dan Lesen Lesen Kemudahan ini diberikan kepada mereka yang mempunyai satu sistem bekalan air atau mana-mana bahagian dari sistem bekalan air tersebut. Bagi membolehkan Air Selangor menjadi Pemegang Lesen Kemudahan, Air Selangor perlu memiliki suatu sistem bekalan air atau mana-mana bahagian sistem bekalan air tersebut.
Dalam hal ini, sekiranya Kerajaan Persekutuan berpendirian bahawa semua aset air termasuk aset CCWA perlu dipindahkan kepada PAAB, bermakna Air Selangor tidak lagi menjadi pemilik aset dan tidak menepati syarat untuk menjadi Pemegang Lesen Kemudahan, sebaliknya Lesen Kemudahan itu akan diberikan kepada PAAB selaku pemilik ke atas aset-aset air tersebut. Sekiranya PAAB diberi Lesen Kemudahan bagi mengendalikan aset-aset air yang pada asalnya milik Negeri Selangor, maka Kerajaan Negeri tidak akan mempunyai kawalan penuh ke atas PAAB memandangkan PAAB bukanlah syarikat milik penuh Kerajaan Negeri Selangor sebagaimana Air Selangor. Matlamat asal Kerajaan Negeri Selangor memindahmilik aset aset air kepada Air Selangor adalah untuk memastikan Air Selangor diberikan Lesen Kemudahan di bawah Akta
- Di dalam Perjanjian Utama telah diperuntukkan bahawa tertakluk kepada permohonan yang telah dibuat bagi maksud perjanjian tersebut, Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan sedaya upaya untuk memberi bantuan yang sewajarnya kepada Air Selangor untuk mendapatkan kelulusn berkenaan lesen yang diperlukan berhubung dengan pihak itu menjalankan hak dan menjalankan obligasinya di bawah Perjanjian
- Berkenaan dengan Lesen Perkhidmatan pula, Kerajaan Negeri Selangor maklum akan syarat standard di bawah Perintah Industri Perkhidmatan Air (Pelesenan) 2007 di mana semua pemegang lesen rawatan air hendaklah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri untuk mengambil air dari saluran air. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor telahpun memberikan lesen abstraksi air kepada Kumpulan
Darul Ehsan Berhad (KDEB) selaku pemilik penuh kepada Air Selangor. Pihak yang tidak mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri tidak boleh diberikan lesen di bawah Akta 655.
Oleh sebab Kerajaan Persekutuan mempunyai pendirian enggan menerima pindah-milik tapak tanah ke atas pemilikan aset oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta menggariskan pemindahan hak milik aset-aset air syarikat konsesi yang akan dipindah milik kepada PAAB perlu dipindahkan bersama-sama hak milik tapak tanah aset-aset air tersebut, maka Kerajaan Negeri Selangor telah bersetuju tidak melanjutkan Perjanjian Utama selepas 9 Mac
Perkara ini telah menjadi perbahasan dalam Dewan Rakyat di mana saya telah mempertahankan kedaulatan Negeri Selangor. Lanjutan daripada itu, YB Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air melalui surat bertarikh 12 Mac 2015 menyatakan bahawa Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mematuhi semangat dan terma Perjanjian Utama, maka Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik dan telah hadir di dalam mesyuarat Jawatan Kuasa Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Air yang telah dipanggil oleh KETTHA pada 23 Mac 2015.
- Kerajaan Negeri Selangor bersedia untuk memulakan semula rundingan dengan Kerajaan Persekutuan dengan syarat rundingan hendaklah dibuat dengan mengambil kira prinsip, takrifan, semangat dan “commercial agreement” sebagaimana yang telah dipersetujui semasa rundingan dibuat untuk memuktamadkan Perjanjian Utama berdasarkan suatu commercial agreement untuk mengasingkan tanah aset air dan aset yang telah dinaiktarafkan oleh syarikat konsesi dan jelas dicerminkan di dalam Perjanjian Utama seperti takrifan berkaitan dengan urusan pindah milik CCWA di mana hanya aset yang dimiliki (beneficially or legally owned) oleh syarikat konsesi akan
- Mengenai Perjanjian pembelian saham dengan PNHB, ia sepatutnya berakhir pada 09 Mac 2015. Namun demikian, PNHB melalui kenyataan media pada 10 Februari 2015 telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh memenuhi CPs Perjanjian Jual Beli Saham PNHB sehingga 09 April
- Status Rundingan dengan Puncak Niaga Holdings Berhad
Perbincangan masih berterusan untuk mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya ke atas isu-isu yang telah dikemukakan oleh pihak Kerajaan
Persekutuan berkaitan dengan Perjanjian Utama (Master Agreement). Justeru, tarikh bagi memuktamadkan Perjanjian Pembelian Saham (Share Purchase Agreement) di antara Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (‘Air Selangor’) dan Puncak Niaga Holdings Berhad bagi pengambilalihan 70% pegangan saham dalam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd dan 100% pegangan saham dalam Puncak Niaga (M) Sdn Bhd telah dilanjutkan ke 9 April 2015.