Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
145) TEBATAN BANJIR DI KUALA LANGAT
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mengkaji kesesuaian membina kolam-kolam tadahan air hujan di Daerah Kuala Langat demi mengelakkan banjir kilat berlaku?
Dalam Kajian Pelan Induk Saliran Bandar Banting, cadangan untuk membina kolam takungan Fasa 1 dan Fasa 2 telah dirancang. Rekabentuk terperinci telah dimulakan oleh perunding dan telah siap pada 3 March 2015. Tender kolam takungan Fasa 1 dijangka dipanggil pada April 2015. Untuk kawasan- kawasan pembangunan oleh pemaju, syarat pembinaan kolam takungan dan On Site Detention adalah perlu untuk memastikan air larian tidak terus mengalir ke parit utama atau sungai.
-
Apakah perancangan yang telah dilakukan oleh agensi dan jabatan Kerajaan untuk bersiap sedia berdepan dengan banjir kilat?
Memastikan semua parit dan longkang adalah bersih, tidak rosak dan tersumbat dengan sampah. Penyelenggaraan sistem saliran dan kawalan pembangunan tanah juga perlu dilaksanakan bagi memastikan air larian tidak membebankan parit utama dan sungai sedia ada